Ramadhan 2014
Acapkali bulan ini tiba, satu perasaan menerpa.
Sayu dan terharu. Kadang kadang tertanya, adakah ini Ramadhan yang terakhir?
Bagi aku, kali ini agak istimewa. Berpuasa bukan utk seorang, tetapi berdua.
Setelah berbincang dengan suami, dia bagi greenlight sebab dia tahu aku adalah wanita kental dan kuat, chewah perasan!
Memang dua hari pertama berpuasa, agak mencabar kerana aku heart burn pada waktu sian g hari dan malam hari pun sama. Maka kerana tidak membezakan ia terjadi kerana ia sebab berpuasa atau sebab kondisi aku yang sarat (ruang organ dalaman badan telah menjadi sempit ditekan, sah sah efek pada bahagian perut kan), maka hukumnya, puasa jerlah, tak yah nak pening fikir. Islam itu mudah.
Lain perkara, tahun ni aku tak dapat nak ke masjid. Kesihatan tak berapa mengizinkan kerana aku akan rasa pening selepas berbuka. Baring baring light light gittew.
NK mmg sporting, terutamanya juadah sahur. Dia masak, aku kemas. Ni pun nak cerita ke? Aku suka cara pengurusan sahur yang sangat efektif ni kerana ada setengah orang, semua mengharapkan satu pihak jer, kene musim bola. Alhamdulillah Fatiha pun tak der malas nak bangun sahur ---> boleh bertahan ker?
Apa apa pun andai inilah Ramadhan terakhir aku, aku pohon maaf kepada pembaca setia blog ni sekiranya ada terkecil hati dengan gaya penulisan atau kandungan yang tidak sengaja meruntun perasaan dan jiwa raga.
selamat beribadah bersama keluarga yang tersayang. Masa kemas barang persediaan bersalin, aku dan Fatiha membuat sedikit refleksi diri.
Aku - "Dulu kita dah nak raya, sebuk nak travel jauh-jauhkan?"
Anak - " yerlah, sekarang dah rasa macam satu keluarga yg betul nak sambut raya"
Tak sangka dalam sekelip mata, corak kehidupan kami akan berubah. KuasaNya. Dan tidak mustahil ia akan berubah tanpa disangka. Maka moral of the story, cherish every second of this, before it is too late. Belajar menghargai. Belajar terus memberi.
Aku? takmo sedih sedih tengok iklan raya dah. mau fikir yang positif positif sahaja.
![]() |
| NK dan keluarga di belah sana, somewhen in 90s. The boy in his arm, Syahid Khan is his deceased son. Madu aku yang pakai selendang "cadar" kaler hitam, kat ujung sekali. Cantik kan? LOL |

Comments
Post a Comment