Percaya

Topik ni agak hangat.

Cuma kalau baca dan tersentap, mintak maaplah.

Penulis berdasarkan pengalaman sendiri, dan sedikit kisah asam garam member yang lain.

Bagi aku kepercayaan kepada Tuhan adalah yang paling penting.

Kemudian jatuh kepada manusia.

Kategori manusia ni termasuklah mak bapak, suami/isteri, sedara mara, kawan-kawan dan boss.

Payah nak dapat kepercayaan penuh dari orang lain kalau tidak berlaku jujur.

Ada yang kurang percaya kerana pernah terkena.

Contohnya, " Aku nak pinjam duit ko, hujung bulan aku bayar".

Yang ni kerap lah kita dengar. Nak tolong pasal kesian, tapi lately kene kesiankan diri sendiri dulu, sebelum menyusahkan hidup orang lain kan.

OKlah, kita jump straight to the point.

Percaya kepada Pasangan.

Sapa yang mengesyorkan  perlu percaya 100% pada pasangan masing-masing, aku kata Bull Shit atau singkatannya BS ( bahasa budak kafe).

Sorilah ayat aku agak kasar.  Sebab aku rasa 100% tu akan menyumbangkan kepada 0% sekiranya berlaku penipuan, kes curang, kes tikam belakang. Salah jer sikit, berkecai lah kepercayaan tu.

Apatah lagi kalau selama ini kita hamparkan kepercayaan penuh tetapi ia di tutupi dengan pelbagai janji manis, kata-kata yang menyedapkan halwa telinga tetapi palsu belaka.

Sebab tu ada sebab kenapa kita ada kawan-kawan. Kita ada sosial media. Kita kasik tayang muka pasangan ke majlis rasmi, kenduri atau simply post gambar kat Facebook.

Alkisah, kisah aku sendiri, sewaktu dulu, kawan baik ku sendiri melihat bekas lelaki aku berpegangan tangan dengan seorang wanita di panggung wayang di Kompleks Bukit Jambul. Remuk hati den.Tu masa couple.

Bila aku berpantang sebab beranakkan si Fatiha, kawan baik adik aku sendiri nampak ayah si Fatiha berpegangan tangan dengan seorang wanita di Chow Kit. Dia buat apa di KL masa tu? Katanya, kursus.

Ya lah tu Kursus. 

Sewaktu aku keje call centre dulu, ada seorang pelanggan wanita asyik call tanya lokasi suaminya di mana. tengok history interaksi di skirn komputer, memang itu jerlah yang dia tanya.

Aku tahu bagaimana remuknya hati seorang wanita bila dia tahu suaminya berlaku curang. Aku tak sampai hati, tapi smpai bila wanita ini asyik ditipu.

Setelah aku berkomunikasi secara ayat dalam (we are not allowed to reveal client's lokasi" at all tapi aku buat atas dasar kasihan), wanita itu senyap dan mula menangis sedu-sedan.

Aku paham sangat-sangat. Boleh bayangkan camner perasaan wanita itu, walau aku sebenarnya berlaku kejam meruntuhkan masjid orang. Tapi apa gunanya sekira lelaki itu kerap menipu.

Baik belah dari tetiba ada yang kene rodok ngan pisau, kene tembak atau kerat 18 bahagian. Paling sikit pun kene santau. 

Kurang sikit pesakit wad mental atau penghuni penjara.

Kenapa mempermainkan kepercayaan sekiranya tiada rasa perasaan kasih dan sayang?

Kepada kenkawan yang asyik ditipu pasangan, percayalah nilai anda adalah jauh lebih baik dari apa yang diterima.

Sebab saya pernah melalui ranjau itu dan pada hari ini, alhamdulillah, saya mendapat yang lebih baik.

Kalau saya tidak ditipu, mungkin penulisan saya tidak lah sesaiko macam hari ini. Kepada yang masih bertahan, insyallah, anda akan menempuh saat-saat di mana lelaki itu berkata,

"Abang mintak ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki, abang berjanji tak buat lagi"

Sounds familiar?

U judge urself. Dont live in Denial.



Comments

Popular Posts