Kisah Ramadhan & Syawal 2013

Kisah kali ini agak menarik.

Masakan tidak, dah bertahun tahun menyambut raya sebagai solo-ist, kali ini tidak sama dengan yang lain

Sepanjang bulan Ramadhan, penghayatan ibadah kali ini agak kurang. masing masing sibuk bekerja.

Terawih hanya di rumah. rasa tak aci pegi sensorang sedangkan seorang lagi kene jaga kedai hingga jam 10:00 malam, setiap malam. Kali ini terawikh mengikut kelaziman NK, 20 rakaat. witir lagi tiga. dia tak biasa yg kita selalu buat, 8. penatlah jugak sebab aku pun bekerja sambilan, tapi kalau tak dipaksa, memang keciciran la bulan ibadah ini.

Yang paling best, NK pun bagitau, kalau raya puasa di Pakisan tiadalah semeriah di Malaysia. Raya puasa hanya untuk budak budak. Raya Haji lagi diutamakan.  Seb bek aku penah dok Kelantan. tahulah mcam mana. yang penting pagi raya pegi menziarah sanak saudara.

Memandangkan aku tak biasa lagi dengan komuniti Pakistan di Selayang, aku mintak izin selepas sembahyang raya, melawat ibu di Melaka. NK terpaksa menolong saudaranya yang sedang sakit dalam menerima tetamu di rumah member tu. Maka aku pulang untuk menolong ibu memasak, dan dia juga memasak 5 kilo kambing untuk lauk pauk nasi beriani di Selayang. Kami jumpa semula pada raya kedua. Nak gelak pun ada, nak nangis pun ada.

Ini bermakna raya kali ini bertema pengorbanan.

Pengorbanan untuk beraya secara sangat sederhana. Pengorbanan mengutamakan orang yang lebih berusia dan yang sedang sakit.

Pengorbanan untuk menjadi seorang yang tahu bersyukur.

Memang pelik bila raya tahun ini tak beli baju raya, kuih raya, kasut tudung. Tetapi sebenarnya aku bersyukur kerana tanpa semua itu, raya terasa meriah sesangat bila berjumpa sedara mara. Sad to say, on the last ramadan nite, NK baru teringat baju raya aku takdak lagi, terus diajak pegi ke Jalan TAR nak shopping last minute, tapi aku kata aku penat, walau dalam hati, aku meraung kesedihan ahhahahahhahaha.

Aku juga sudah terlepas dari mentaliti, kalau nak raya, semua kene baru.Dan pengalaman mengharungi raya sedemikian membuatkan aku sedar bahawa tak semua manusia senasib dengan kita. Yang penting, orang yang bersama kita semasa hari raya. Kalau kita gah dengan material semata mata, tapi jiwa kosong dan tiada apa yang kita pelajari sepanjang Ramadhan dan Syawal,  mungkin kene tanya balik, apakah itu semua sudah cukup mendewasakan kita?

Biarlah tahun depan, kami dimurahkan lebih rezeki untuk ke tanah suci menunaikan umrah semasa puasa dan beraya di sana sekali. Mungkin agak poyo kenyataan aku ni, tak kisah la yang membaca nak mengutuk, aku rela simpan duit nak berpuasa dan beraya di sana.

Dah tader pasang niat berjimba ke sana sini, melancong tak tentu hala. Ke mana kita pergi, pasti di esok sana, kita dipersoalkan, mengapa dan bagaimana?

Aku rasa inilah penghijrahan terbaik aku cuba laksanakan.






Comments

Popular Posts