Hambar

Agak sangap juga menyatakan bahawa aku masih tidak dapat mengadjust kehidupan baru di bandar ini.




Masakan tidak, ia seolah olah berada di planet Marikh, tandus dan kontang. Sorrila, aku masih suka suasana hiruk pikuk kota raya yang lively itu di mana kehidupan sebenar rakyat Malaysia akan lagi terserlah dari segala pelusuk, tak kira kaya atau yang miskin, tua dan muda. Rencah pelbagai warna.


Aku rindu suasana bingit, hon bas RAPID atau pemandu yang frust dalam jem. Aku rindu pemandangan malam KLCC, santai di Sogo, Jalan TAR window shopping, atau lepak minum bersama rakan di Uptown atau di Curve. Aku rindu nak double park kereta di Hartamas. Side by side driving jem tol jalan Duta di mana ada masa boleh layan mata melihat pemandu sebelah. Ia pasti mengujakan.


Nampak gaya aku kena menukar corak percutian. Dulu asyik mahu country ride santai kerana sudah tepu dengan kehidupan metropolitan. Tapi kalau kehidupan sekarang macam duduk di salah satu stesen mengkaji planet Marikh, maka haruslah destinasi percutian adalah menikmati hiruk pikuk kota. Hahahahahah.


Ya dulu aku enjoy duduk di kawasan yang sunyi dan tenang tetapi bekerja dalam suasana yang thriving itu, sebab bila balik rumah akan rasa tenang setenangnya, tapi sekarang?

Perlu lakukan sesuatu yang mengujakan....





Comments

  1. ofis aku tak penah senyap pun. hahahahaha

    ReplyDelete
  2. Betul lar..
    Selepas 3 bulan bekerka di KL, aku suka. Turun naik public transport benda kacang sekarang :)

    ReplyDelete
  3. mala - opis ko bising macam pasar tak?

    yaya - harap ko jadi warga bekerja KL yang berjaya...

    ReplyDelete
  4. takdelah bising macam pasar sebab if like that, aku pun takleh kerja. hihi. but bisinglah. dengan suara boss aku yang lantang itu. hahahahahahahaha. lepas nih boleh kita hangout selalu min. lepas raya, hari jumaat jom lunch! :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts