Dalam Botol


Cerita yang meruntun perasaan. Kusut, kesal dan kemudian harapan yang tinggal harapan adalah tema utama. Yang penonton boleh kesal, ada babak-babak filem ni yang macam tergantung. FINAS dah gunting kot? Ahahahahhahahaha. Itulah keje mereka.


Kisah yang dipaparkan adalah berdasarkan pengalaman benar seseorang. Ada unsur-unsur teknik Yasmin Ahmad di dalam arahan Khir Rahman. Penampilan Khir Rahman sebagai pelakon tambahan dalam filem ini juga adalah comic relief kepada filem yang agak berat bagi aku . Ya, Khir dengan trademark bersahajanya itu.


Babak Yang Best?


Masa ayah si Ruby @ Bidin marah kerana anak dia tukar jantina. Dialog dia superb. Menyentuh tentang bab hukum-hakam agama.


Walaupun pada awalnya filem ini agak slow, klimaks filem ini adalah pada penghujung cerita iaitu hari perkahwinan Ruby@Bidin dengan Diana Danielle. Khir Rahman berjaya bermain dengan perasaan gusar, sedih atau gembira penonton ketika babak rombongan pengantin lelaki bersiap-siap ke rumah pengantin perempuan. Berdebar-debar dibuatnya. Sama ada mereka berkahwin atau tidak? Al maklum la kan, Ruby@Bidin pada ketika itu bukan lah lelaki yang "sejati". Lakonan Ogy Ahmad Daud dan expression Diana Danielle wajar dipuji kerana anda akan tertunggu-tunggu apa reaksi mereka selepas itu.



Kepada yang agak skeptikal, jangan anggap cerita ini hanya sensasi kerana unsur-unsur gay itu, ada sesuatu yang boleh diambil iktibar dan teladan. banyak yang boleh dipelajari dengan membandingkan percaturan hidup sendiri dan pengajaran dari filem tersebut. Bagi aku ia sangat bermakna, terlalu bermakna.


Moral of the story : Save the best for the possibility that second chances may bring you a better deal.

Ketika Ruby@Bidin yang pada ketika itu hidup dan matinya untuk Ghaous semata-mata....


Ketika Ruby @ Bidin@ Abang menyedari yang dia sebenarnya berupaya menyintai seorang perempuan pada penghujung cerita...

Comments

  1. macam menarik. nantilah aku pi tengok.

    ReplyDelete
  2. boleh arr..citer ni mcam slow sikit. babak tergantung ada la dua tiga. watak pondan arja lee tu x menjadi sangat. but it is not a typical malay movie.

    ReplyDelete
  3. aku dah tengok :) nanti aku kasi review. hihi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts