Acci-dente

No fender bender last week, but it is all matter of life and death.
Khamis lepas, motor stuck bila menyelit di antara dua biji kereta di bukit Damansara. Sebelah wisma Chase Perdana ketika membelok turun bukit. Entah macam mana jadi macam itu, mungkin construction work membetulkan jalan menyebabkan ketiga-tiga lane itu menjadi terlalu sempit. Semasa tersangkut (side mirror saya melekat di antara dua side mirror kereta-kereta itu). Saya tidak pulas throttle langsung, kerana momentum motor saya dibawa bersama-sama dengan kereta itu. Saya tidak berani menggerakkan handle bar untuk membolos kerana sedikit perubahan sudut handle motor membolehkan saya di langgar oleh mana-mana kereta itu kalau saya terkehadapan.

Pada saat-saat itu, pemandu sebelah kiri saya melihat wajah pucat lesi saya. Mujurlah dia betindak bijak memperlahankan kereta untuk saya memecut memboloskan motor dan diri dan akhirnya saya terselamat. Itu baru Cerita 1.
Cerita kedua bermula apabila saya menerima panggilan kecemasan daripada rakan-rakan yang menyertai konvoi ride extreme Fraser pagi Ahad itu. Corner-corner Fraser adalah yang terbaik untuk dilayan kerana lalai 1-2 saat sahaja, membolehkan maut kalau tidak berhati-hati. Faktor jalan, konsentrasi dan juga kemahiran merupakan yang perlu ada untuk kelajuan di antara 80-100 km/sejam.

Rupanya ada dua rakan teraccident, satu menghentam penghadang bukit, agak hancur motornya. Dan yang paling horror, seorang sudah selamat terjun masuk gaung. Paling ngeri melihat gambar rakan yang dirakam oleh yang lain, berpaut pada akar pokok yang tunggu masa nak runtuh.

Andai kata ia runtuh, maka kawan saya dan motor dia akan menjunam jatuh pada ketinggian 10 meter ke bawah. Dia tidak boleh bernafas kerana tengkuk tersangkut pada tali helmet. Mujurlah body armour dan knee pad membantu menstabil badan semasa tergantung itu.



Cara dia melompat ke dalam gaung. seb baik tak ke hadapan. Depan tu semua pokok buluh yang mungkin telah ditakik dan dipotong orang asli. Risiko buluh runcing!

Pemandangan biasa untuk riders seperti kami.

Seb baik Makaii, physiotherapist HKL memberikan bantuan segera memasukkan bahu Akim yang dislocated. Sebelum tu beloved Kuchai telah melompat masuk gaung menyelamat Akim semua orang panik. Seb baik seorang lelaki India yang kebetulan ada kat situ memberitahu lokasi terjun kawan kami itu. Kalau tak memang rescue search ops pakai heli siang malam sebab tak perasan bila dia terjun gaung.



Mak dah layan Fraser ni seorang diri layan corner ketika baru putus centa. Dah lulus! So insya allah takder apa..yg penting Pokus! Pokus!


Dengan gelabah saya terpaksa menubuhkan logistic team adhoc mengangkut motor-motor kemalangan, cari sebijik van sebab kawasan kemalangan adalah 7km dari puncak Fraser. Dah nama ketua Kawasan Rawang, itu dah menjadi tanggungjawab saya. Saya pun tatau sampai bila ingin berkecimpung dalam sukan motor bahaya ini.

Nampak gaya Over Xtreme Cameron DownHill yang telah dijadualkan awak April (the most hardcore one compared to Fraser) sebelum saya ke Australia terpaksa ditangguhkan kerana setiap kali ride, ada orang patah kaki tangan, dislocated, masuk besi etc etc. Ketua dah tak larat! Operasi memindahkan riders kemalangan pada hari tu bermula jam 11 pagi, rawatan di hospital utk xray, angkat motor, hantar rumah sampai jam 12 tengah malam....mak sangat penat!

Beli motor nak pegi keje, tapi terjebak sehingga sekarang.

Comments

Popular Posts