Ride Amal 2011

Alhamdulillah, setelah sebulan perancangan dibuat dan aktiviti mengumpul dana oleh semua ahli (masing-masing kutip kat kawasan kejiranan dan pejabat), dapat juga esok kami beramai-ramai ke rumah anak yatim kat Dengkil. Ada yang akan konvoi ride beramai-ramai. For me, I need to drive coz bawak kotak-kotak buku agama dan sains tu. Barang lain dah punggah masuk Hiluz Matin.
Semalam, seronok shopping beli buku-buku yang diperlukan kat USJ dan Alamanda Putrajaya especially tahfiz-tahfiz @ anak yatim di sana. Mak tak penah tolak troli dengan berkotak-kotak paket Milo 2kg, macam taukey pun ada. Tapi yang best, kami rider-rider perempuan siap bawak anak pegi shopping. Mak rasa sangat happy sebab melalui group ini, all the girls sangat sporting, yup Sahila sudah mempunyai sebijik Kips, kami tumpang gembira.
Kenapa rumah ini? Bila survey banyak rumah anak yatim lain dah dapat sumbangan, siap ada derma dari dato' dan datin' PS3 or Xbox. fuh, canggih!
Acara pagi esok :
- Berkumpul di perkarangan rumah
- Gotong Royong membersihkan rumah
- Makan tengahari bersama anak yatim. Some hiburan lawak spontan ala-ala Raja Lawak kot!
- Penyampaian sumbangan kepada Pengetua dan penghargaan
- Bersurai dan apa lagi,
Diorang nak ride ke Broga. Fuh best! kena bawak kasut jogging spare ni.
Mak rasa inilah antara Hari Maulidur Rasul yang paling bermakna.
Comments
Post a Comment