Revolusi

Malam tadi, kami duduk berempat.
Hampir 1Malaysia.
Membincangkan agenda dan pelan-pelan tindakan yang bakal kami ambil selepas ini.
Seperti biasa, selepas membicarakan isu-isu dalaman yang melanda di dalam sebuah parti, kesimpulan telah dibuat.
Jum tubuhkan parti baru. Bukan sekadar parti komponen. Parti yang berdemokrasi, tiada pemerintahan kuku besi. Parti yang dapat berdiri sendiri. Parti di mana kesaksamaan diperjuangkan demi kepentingan semua ahli dan bukan untuk individu tertentu. Bukan merajuk membawa hati tetapi demi logistik dan tempat perhimpunan, adalah mudah untuk berkumpul sesama sendiri.
Kawasan jajahan takluk telah dipilih - Kuala Selangor, Ijok, Batang Berjuntai, Kundang, Bandar Tasik Puteri dan kawasan-kawasan sewaktunya di dalam mukim Rawang. Apa-apa yang termaktub di dalam jajahan takluk Kuala dan Hulu Selangor. Sahabat Sg Buloh dan Shah Alam juga akan menjadi sahabat pendamping ehehhehehehe.
Agenda pertama - Sungkai-Tapah-Tanah Rata-Brinchang- Gua Musang.
Saya rasa sangat bersyukur, it is not a journey of my own, but for some people too.
Mula-mula ingat nak bersara dari dunia permotoran, tetapi bila sumbangan aku diperlukan sebagai Ketua Wanita/ Ladies dan juga demi kesejahteraan belia dan beliawanis kawasanku, komitmen itu harus diberikan sepenuhnya.

Comments

Popular Posts