Pampered - Tanamera Wellness Spa

Today is the gaji day. I need some pampering. Serious.


Badan sakit-sakit, kaki masih lenguh (aktiviti broga), perut pun bloating semacam (smalam 3 biji pisang ganti lunch meal, mungkin penyebab) , dan saya lepas baru datang itu.... nak buat kerja macam tak ada rasa semangat sebab bloatness menyebab saya tidak senang duduk di kerusi. Kenapa lah dek non, ya.... Selalu bloating rasa sebelum itu, kali ni lepas abis benda tu, bloating pula.....

Ke manakah saya?




Tanamera Spa di Sooka Central for Tangas dan Mandi Wap servis, RM30 untuk setengah jam dan RM50 setengah jam juga.

Sampai-sampai, macam biasa dihidangkan teh halia dan serai, dan bila dihidangkan itu menu terapi, boleh tahan harga, tapi itu cuma satu lagi perkara menarik yang saya akan terangkan lagi..Oh yer, Tanamera merupakan produk 100% buatan Malaysia selain Nona Roguy, jadi apa salahnya kita menyokong sekali sekala. Asyik nak layan Bali dan produk Indon jer kan, why not we try this one?

Hasilnya?

Tangas dia sangat wangi, bila ditanya therapist, macam biasa, akar dan ramuan rempah, serai wangi, limau kasturi dan daun pandan.... terasa fresh dan rasa melekit dan becak itu (ahahahhaha kaum lelaki sila abai!) tiada lagi....Siapa dah biasa buat tangas, lepas habis menda tu, memang rasa wajib dibuat lah... kalau tak lain rasa jer..ehehheheheh. Ini untuk kepuasan sendiri ya, bukan sebab nak melayan orang lain! Anak dara pun boleh buat, OK.....

Mandi Wap? Hmmm...yang ini saya boleh skip lain kali sebab saya masih lagi suka mandi wap di gym Fitness First selepas bersenam... Ramuan di Tanamera biasa-biasa sahaja. kalau Di Fitness First, ramuan serai wangi semerbak memenuhi setiap penjuru, boleh baring dan golek-golek sebab bilik stimnya besar...Mungkin sekali sekala boleh buat mandian wap ni bagi salur darah berjalan lancar dan membuang toksin, bakar lemak, dan pecah selulit...


Promosi

Ok, saya diperkenalkan promosi sebagai ahli di spa ini dengan syarat bayar RM100, tapi akan dapat percuma rawatan urut tradisional dan lulur, serta mana-mana rawatan lain (herbal bath, etc) yang jumlahnya bernilai RM180. Best bukan? Jimat la dalam RM80.00 gitu.


Selain tu, memandangkan produk Tanamera juga bagus dan berkualiti ( saya dan fatiha jatuh cinta pada sabun skrubnya ketika menginap di Legend International Homes), setiap produk ahli akan mendapat 10% daripada harga biasa.. Huh, itu yang saya suka. Saya dah target nak beli shampoo minyak kelapa dara dan body wash dia yang heavenly gila tu.....Bukan setakat produk, tetapi juga setiap servis ditawarkan sebanyak 10%.....


Dan juga, pada bulan kelahiran anda, jika buat rawatan, apa-apa lah kat sana, dapat diskaun 40% lagi.

So, sapa-sapa nak join saya penghujung Mac ni? Anda juga turut dapat diskaun 40% dengan syarat bayar dalam satu bil gitu!

Saya tumpang bangga Tanamera juga mempunyai cawangan spa di Eropah seperti di Sweden, USA, Jepun dan beberapa tempat lagi di luar negara. Bukti produk Malaysia di terima di luar sana!

Comments

  1. Wah, ni yang rasa nak manjakan diri nih...

    ReplyDelete
  2. sila manjakan diri mu yaya.. u really deserve it!

    ReplyDelete
  3. aku tau dia ada kedai kat central market (hahaha sebab aku selalu gi central market :p). tapi aku tak penah lah pulak nak masuk and tanya mana spa dia. nih kat mana? mcm menarik, aku nak try ah.

    ReplyDelete
  4. ni cawangan kat Sooka Central, next to KL Sentral. x ramai orang tu yang best.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts