Humble Part II
Tadi seorang teman baik datang berjumpa untuk menyelesaikan "masalah".
Tiada masalah pun, tapi masalah timbul apabila teman baik itu secara nada tinggi di khalayak orang ramai, memaki hamun pasal isu duit.
Isu aku terlambat bayar hutang RM100 dalam tempoh tak sampai sebulan, bila dia swipe minyak balik kampung tahun lepas. kad kredit punya duit pun, Aku pula kebetulan telah menukar simcard lain dalam telefon Norkia.
Masya allah, malunya aku. Takat RM100 tu pun orang pandang-pandang. Macam hina lah sebab terlambat bayar. Isu itu diungkit-ungkit selama ini.
Kerana sangat kecil hati bila kawan baik menghina kita di khalayak ramai, aku pun dengan selamba berkata balik,
"Ko ingat tak Moon, masa ko kena blacklisted pasal kad kredit bertahun-tahun, then aku pinjamkan ko RM10K to bail out so that you can buy a house and a new car, how many months ko amik masa nak bayar? 10 bulan? 11 bulan? 12 bulan?"
"Ada aku paksa-paksa ko macam ah long suh ko bayar on the spot walau actually ada orang lain nak pakai?"
"Aku tak paksa ko kan?"
" Ada ker aku maki-maki macam ko buat ni?"
Member yang tadik menyirap marah-marah aku tadik tetiba senyap.
Secara otomatik, dia keluar meninggalkan meja kami. Aku tahu dia sentap dan malu.
Dia pun bukan kawan aku lagi. Semoga diberi petunjuk untuk dia segera berubah.
Kesimpulan :
Sebelum kita nak maki, tengok apa yang orang tu dah buat kebaikan pada kita.
Comments
Post a Comment