Pakaian

Jika seseorang suka membeli pakaian dengan alasan, mahu bergaya, itu memang pilihan dia. Mungkin self confidence booster. Atau menghormati majlis.

Jika sikap sesorang boleh digambarkan sebagai satu pakaian, dan pakaian itu boleh ditanggal, digunakan semula atau dibuang kerana tidak diperlukan, tanggapan ini adalah yang terbaik dalam menjalinkan hubungan dengan orang lain. Sekurang-kurangnya, kita akan sentiasa berfikiran positif terhadap orang itu. Orang itu mungkin tersalah memilih pakaian kerana mungkin tidak sangat arif atau beranggapan itu adalah dirinya, jadi tugas kita untuk mengingatkan.
Juga dengan aku. Aku mungkin memakai "pakaian" selekeh atau terlalu simple dan casual. Ikut hari, kena lah bergaya sikit. 'Pakaian' aku itu mungkin berunsur amarah, terlalu berangin atau tidak realistik.
Tapi pada sesetengah hari aku akan sangat praktikal. Dan aku juga kena kurangkan berpakaian "defensif". Dan juga 'bitchy' itu.


Yang penting adalah "core" dalam diri sendiri. Ia adalah cara pembawakan dir kita yang sebenar walaupun 'pemakaian' kita tidak menggambarkan keseluruhannya.


Seseorang pernah berkata, sebagai seorang perempuan, kita perlu "classy" dan "elegant".


'Classy' itu mungkin aku rasa telah capai, sangat-sangat. 'Elegant' itu mungkin kena polish sikit.




Salah seorang ikon yang aku rasa classy dan elegant dalam berpakaian dan "pemakaian". Jackie O.

Comments

Popular Posts