Ngankung - In Review



Sungguh tak sangka, Ngankung ternyata lebih kelakar dari Hantu Kak Limah Balik Kampung, bagi aku lah.

Jika Hantu Kak Limah Balik Kampung mempunyai sistem bunyi surround yang canggih di pawagam, Ngankung pula tanpa sistem sebegitu mampu menarik orang menonton walau di kaca televisyen. Dialog spontan dan lawak yang bersahaja.
Mengisahkan tiga sahabat yang taksub membeli nombor ekor untuk mengubah nasib mereka dengan membuat pemujaan barang-barang lama dan menyeru semangat penjaga (ngankung), akhirnya mereka terlibat di dalam peristiwa misteri yang mengganggu mereka setiap masa.
Dalam banyak-banyak watak, watak Azly sebagai doktor pakar puan menyerlah dengan cara beliau menangani isu pengguguran bayi dan menasihati secara halus Azad Jazmin untuk berhenti membeli nombor ekor. Secara tidak langsung, profession doktor dalam cerita ini digambarkan sebagai seorang yang prihatin dan menjaga keaiban pesakit dengan baik sekali.
Cuma yang agak sedikit mengecewakan lakonan Shaheizy Sam agak kurang meyakinkan. Seolah-olah watak bapa yang dibawanya dibuat-buat. Mungkin pelakon "Adnan Sempit The Series" ini perlu polish sedikit dalam menjiwai watak serius. Angah Raja Lawak tak kelakar pun. Azad Jazmin adalah penyelamat kepada filem ini untuk comic relief.
Sesuai untuk ditonton oleh seisi keluarga kerana terdapat banyak pengajaran dalam filem ini.

Kalau dibuat tayangan semasa hari raya nanti, aku memang recommend!

Comments

  1. marmalade07:51

    apsal kau tetiba suka tgk cite melayu nih? hahahaha. kau rindu spaQ ehhhhhhh? :p

    ReplyDelete
  2. Aku rasa filem melayu ada peningkatan dari jalan cerita, walaupun genre seram dan mistik ni dah macam-macam orang buat.

    By the way, with so many filem melayu coming out, u know what? We got many nomination for best award later...which prove good healthy competition.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts