Kayangan - In Review



Terserempak dengan cerita ini semasa aku menukar channel ke Astro Prima. Macam mana la aku terlepas ini cerita dulu-dulu. Mungkin kurang promosi, jadi tak sampai dalam pengetahuan aku.





Fazura dan Teuku Zakry, pelakon sinetron yang jarang aku dapat tengok.



Tak rugi tengok sampai habes pun komedi romantik ini. Jalan cerita yang menarik tetapi sayang kualiti cinematography nya boleh dipertingkatkan.





salah satu scene yang menarik. terjatuh ke dalam laut. kelam kabut sebab tangan dok kendong helmet , building plans and beg, pastu kaki tersadung sebab pakai sandal tinggi .Cute!



Mengisahkan Maseira, atau nama blogger "WORKSHOP GIRL" yang dalam diam diam menyukai bosnya, Tengku Amir (lakonan Teuku Zacky) dan cabaran-cabarannya sebagai gadis kampung yang baru bekerja di ibu kota. Memang scene di pejabat tu realistik. Kena buli bancuh kopi, fotostat pelan bangunan, susun fail untuk keje-keje rencam seorang "Management Trainee" yang dibuli. Siap merempit ke PD hantar proposal sebab driver semua dah kena booking. Scene kat pejabat memang realistik! Thumbs up la sebab plot cerita ini logik dan boleh diterima akal.



Dee atau watak "Nina" sebagai Legal Advisor di syarikat itu. Louisa Chong, PA Boss yang friendly dan disukai ramai.





Teringat aku ketika menghadiri meeting di pejabat SUK Selangor di Shah Alam melenjan Wave dan satu bilik mesyuarat bau minyak 2T. Ahahhahah.



sapa kata merempit tak boleh bergaya?

Dah nama romantik komedi, pada masa yang sama, Maseira tersepit di antara memilih Abang B (orang Kampungnya) atau masih bermain perasaan dengan ini Tengku yang terang-terang sudah mempunyai girlfriend, Erina, model seksi lagi berani, lakonan Dynaz.

Si Hero dan watak penggoda, Kakak si Ed


Cerita ini ala-ala Cinderella versi smart working girl from small kampung making her way to corporate world in the big city. And of course, minggling with royalty. Aku suka! Siap ada blog lagi yang dibaca secara diam-diam oleh adik Tengku Amir, Alissa. Jadi akhirnya, Maseira milik sapa? Jeng-jeng-Jeng?

Cuma aku agak terkesima dengan scene costume party golongan kerabat. Betul ker macam tu?

Overall, cerita cinta ini tidak membuat aku muntah macam tengok filem cinta lain.

Lain dari yang lain.

Comments

Popular Posts