4Bia - In Review

Korang mesti gelak kenapa dua tiga menjak asyik movie review jer dalam blog ni kan?


Kali ni aku mau review cerita-cerita seram dari negara seberang, Thailand.

Bagi aku sentuhan pengarah dari negara sana sangat menepati citarasa aku dari segi suspense dan teknik cinematography yang segar dan baru. Hantu dia pun lagi realistik kalau nak banding dengan Malaysia punya. Ia ada kaitan dengan pembalasan dendam/ rasa tidak puas hati roh si mati dan phobia orang-orang Thai terhadap makhluk ghaib yang melampau, jadi hantu dia takderla stereotaip jer. Cuma satu slack jer citer seram Thailand ni, ending dia mesti hero/heroin mati lah. Tader nak happy forever after. Tak caya?


Tengoklah sendiri.




4Bia , tajuk seram yang catchy ini mengandungi empat cerita seram pendek yang dihimpunkan di dalam satu filem oleh pengarah-pengarah terkenal di sana.

Cerita pertama filem ini biasa sajer bagi aku. Perempuan mati terjatuh bangunan kena kacau ngan hantu sesat.

Cerita kedua agak mengerikan. Budak-budak sekolah bermain sumpahan di atas sehelai kertas. Sapa tengok kertas itu, pasti mati. Semua mati pun.

Yang ketiga dan Keempat tu yang paling suspen. Ahahahhahah.

Tajuk ketiga adalah In The Middle mengisahkan 4 sahabat yang pegi white water rafting di satu sungai di Chieng Mai. Malam sebelum aktiviti itu, mereka bercerita seram sebelum tidur dalam khemah di mana salah seorang secara berseloroh buat statement, 'kalau aku mati, aku carik korang yang tidur di tempat aku sekarang (In the Middle)".



Dipendekkan cerita terjadi lah perlanggaran dalam aktiviti rafting itu dan masing-masing berjaya menyelamatkan diri kecuali teman yang berseloroh tu. Hanya bila malam menjelma, barulah kawan tu pulang ke khemah dalam kesejukan dan kebasahan. Apa lagi tiga orang tu dah kecut pucat takut sebab nak kata member tu hidup atau mati, tiadalah tanda-tanda si dia mahu menunjukkan kebenaran sehingga.....



Ending cerita ini memang shocking lar hahahahhahahah.

Cerita terakhir ini menarik. Jalan cerita yang aku rasa pasti selepas ini sapa-sapa yang dok skandal ngan lelaki orang boleh insaf lar ke pangkal jalan. Ehehehhe.

"The Last Flight" mengisahkan pengalaman seorang pramugari Thai, Pim yang ditugaskan untuk mengiringi seorang kerabat raja dari negara asing ke Phuket. Happened that pramugari yang cun itu sebenarnya sedang berskandal dengan suami puteri itu berdasarkan cincin yang dipakai olehnya tu sama bentuk dengan sang Puteri. Apa lagi......




Bermula pembalasan dendam kesumat yang sangat suspen apabila Sang Puteri tiba-tiba mangkat di Phuket dan pramugari yang sama terpaksa pulak mengiringi jenazah Puteri itu ke negara asal keesokkan harinya.

Gila seh aku rela berhenti dari keje menemankan mayat sorang-sorang dalam kabin.

Nak menyesal sudah terlambat, sebab tu jangan skandal! Hahahahahhaha.

Berakhirnya keempat-empat cerita ini, baru aku tersedar. Rupanya ada kaitan dengan cerita 1, cerita 2, cerita 3 dan cerita 4. Yang paling jelas Cerita 3 dan Cerita 4.

Dalam Cerita 4, Pim terpaksa menggantikan rakan sekerja, Tui yang terpaksa amik cuti kecemasan apabila adik Tui, Ter (dalam Cerita 3) mati lemas mengejut.

Mau layan 4bia 2 selepas ni.

Comments

  1. You should watch the original version of SHUTTERS,Jay.Yup,it's actually in Thai.I really3 like Thai horror movies - memang konpem x leh nk tido mlm. Huhuhu, its storyline - the best!

    ReplyDelete
  2. aku penakut :p tp nak tau tp takut nak tgk sendiri. pastu skang aku menyesal baca blog kau sbb aku sorg2 kat bwh dah mlm, huwaaa!!!

    ReplyDelete
  3. marmalade07:54

    menarik review kau tapi aku takleh tgk cite mcm nih. kalau ada 10 orang pun, aku takleh tgk sebab bila aku sorang2 nanti aku ingat balik. heheheheh

    ReplyDelete
  4. zan- agree with u. shutter memang best.

    sya- huhu. takper, hang sebenarnya berani,tader apa....aku tak letak gory, gruesome image lagi hahahahhahah

    mala- u kena tengok ni. nama cita pun dah fobia. conpem pas ni tak akan fobia.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts