Keputusan

Aku hampir membuat keputusan terbesar dalam hidup. Kebahgiaan sendiri. Sinar itu telah muncul.
Sekembalinya aku dari Pulau Pinang, satu perkara terbesar dalam hidup telah berlaku.
Aku diamanahkan untuk menjaga nenek sebelah ibu yang telah sakit.
Pakcikku menolak kerana tiada kemampuan nak berulang alik dari rumah di Melaka Tengah ke Selandar Pencennya sebagai Lance Corporal dan kerjanya menjadi pemandu treler serta anak-anak masih kecil adalah faktor utama yang perlu diambil kira. Paksu nun jauh di utara, kerana bini dia pula terpaksa menjaga ibu dia yang tengah sakit. Makcik aku kat Temerloh laki dia tak bagi dan anak-anak dia pun masih kecil. Mak Ngah aku kat KL tengah sakit teruk. Mak aku dah ada suami, kemungkinan bapak tiri aku akan menjadikan isu ini sebagai alasan, aku tahu kebahagiaan mak aku terletak pada keputusan aku juga. Aku paham kerana mak aku pun berpenyakit dan tak larat drive dari rumah di Air Keroh ke Selandar hari-hari ulang alik.
Dan calon paling sesuai ialah aku kerana kerja aku paling stable, boleh ditransfer ke SUK Melaka atau Pejabat Tanah, aku single dan tiada suami, berkenderaan dan berkemampuan.
Sebagai cucu sulung perempuan, nenek aku dulu pun diamanahkan menjaga arwah neneknya yang sakit, dan kini giliran aku pula.
Memang sudah takdir kami tidak akan bersatu semula pada masa ini kerana pada masa terdekat, keputusan-keputusan terpenting dalam hidup aku dibuat dalam waktu singkat.
Inilah dikatakan dugaan dan ujian.
Dalam masa singkat semuanya berubah sekelip mata. Sehingga kini aku masih tidak percaya.

Comments

  1. Semoga dipermudahkan segalanya Min..

    ReplyDelete
  2. ye la yaya. harap aku diberi segala kesabaran...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts