Helah

Dekat raya ni, banyak sikit dugaan. Selepas bab kehilangan lappie dan digicam, dan beberapa item dari bilik ari tu, terpaksa la aku membuat langkah drastik dalam bab keselamatan pejabat dan kerahsiaan dokumen yang kena aku jaga. I do not trust anyone in the office ever since that.

Dijadikan cerita, aku terpaksa menjaga beberapa kes "hangat". Aku tahu pengarah aku akan mengenakan aku dengan menyuruh seorang ketua pembeli mendapatkan beberapa dokumen internal setelah Pak Menteri takut nak menggunakan kuasa menghalang seorang pemaju. Pembeli itu katanya ingin menyaman sendiri di mahkamah menggunakan dokumen itu.

Disebabkan pengarah itu tidak mahu mengambil tanggungjawab kalau apa-apa terjadi, tindakan saman balik dan sebagainya, aku pun akan tidak melayan pembeli tersebut kerana arahan tidak diterima terus dari pengarah tersebut. Paling best, dia boleh bagi nombor personal aku untuk pembeli tu call aku mintakkan? WTH. Aku bo layan semua sms dan miscall.

Serius, aku mungkin nampak agak lemah dan tidak pandai berpolitik, tetapi menjadi mangsa politik pejabat, sorry lah, kalau boleh dielakkan, elakkan. Kalau arahan diberi secara bertulis atau lisan dengan catatan minit dan tandatangan bos, ye aku akan patuh. Sampai sekarang aku tidak dipanggil pun. Aku pun tak akan menyoal. Ini macam helah nak mengenakan orang jer, ikut firasat aku. Kalau disoal, dia plak akan kata, aku yang nak terlibat dalam saman tu. ehehehe sorry la, simpang malaikat 44. Orang yang boleh berputar belit ni memang bahaya. Kena pulak orang ni spy besar dalam kementerian ni utk level atasan. Ada orang pernah ditukar 24 hours sebab dia ni skodeng satu boss yang bercengkerama dalam opis dengan kerani. Gila seh, kawan tikam kawan.

Tujuan aku menceritakan kisah ini agar kawan-kawan lain berhati-hati. Jangan disebabkan orang nak naik pangkat, kita pula jadi kambing hitam. :P

Comments

  1. Anonymous09:06

    eeeeeeeeee..takutnye kak min..keji betul arr pengarah tu...

    ReplyDelete
  2. well, u can imagine how bad the situation is.

    This morning the person ask me to see the Kay Pee for this matter. Does it makes me to look foolish? Sorry la mak tak layan dia. Mak kata sapa mak nak jumpa Kay Pee kan? No written request pun dari outsider, so tak payah mak nak memandai mandai.

    Sebab tu mak tak recommend korang datang sini. kalau nak mintak tukar lar.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts