Pyschic Aura Therapy?

Minggu lepas, ada rakan baik saya mengajak saya menemani beliau ke satu pusat rawatan.
Aura therapy katanya.
Tengok-tengok saya pula nak dijadikan pesakit. Saya dah agak tujuan kawan tu kan?
Sebenarnya saya amat skeptic la sikit sebab bagi saya, kita akan tahu kelemahan diri sendiri daripada orang lain mentafsirkannya dan memberitahu kita apa yang kita perlu buat seterusnya. Ini macam bercakap dengan 'shrink'. 'Shrink' saya pun saya rasa lagi professional. Percuma lak tu.
Makna taknya, consultation fees without therapy session dah pun RM150 dengan pusat tu. sejam ok? Rugi juga membuang masa dengan consultant tu. Dah la mamat import. Saya rasa beliau memang tidak bertauliah. Buat duit atas angin. Saya rasa macam agak tertipu. Seb baik kawan saya sponsor separuh.
Berbalik kepada rakan tadi. Kata dia, hidup saya sangat pathetic. Menyedihkan. Mensabotajkan diri. Katanya, tindakan-tindakan saya merosakkan hidup saya dan anak saya.
Mungkin ya, mungkin tidak. Bagi saya, walau saya tidak sesempurna seperti hidup orang lain, saya agak puas hati.
Katanya, I deserve to be happy.
Ya, saya merasakan bahawa untuk gembira tidak perlu seperti mengikut acuan orang lain kan? Walau, lewat malam adalah masa yang agak kurang menyenangkan kerana tidur saya hanya berseorangan.
Untuk membuktikan hidup saya tidaklah sepathetic mana, saya mengajak rakan tadi meluangkan satu hari bersama dengan keluarga mini saya. Saya dan Fatiha dan rakan tadi pergi ke spa centre, menonton wayang dan bershopping tingkap. Satu hari sehingga lewat malam. It was fun.
Ternyata rakan tadi, walau suami berada di luar negara pada masa ini, terhibur melihat gelagat Fatiha dan saya melayan karenah mereka berdua. Harap rakan tadi dapat memikirkan semula tanggapan beliau terhadap hidup saya.
Saya tidak mahu rakan-rakan terdekat memikirkan bahawa saya perlu berubah menjadi seperti mereka. Kebahgiaan adalah isu yang subjektif. Tidak bermakna jika saya begini, saya mensabotajkan kehidupan sendiri.
Ya rakan tadi dianalisakan sebagai personaliti yang lebih kepada "attention seeker".
Mungkin sebab itu, saya boleh ngam orang-orang macam ni. Adakah anda? :P
Comments
Post a Comment