Permulaan
Nampak gaya, blog ini akan diprivatisekan selama-lamanya.
Telah ada satu kumpulan yang memperkatakan blog ini di kalangan PTD yang tidak mengenali diri saya walau pun waktu 6 bulan itu adalah cukup untuk mengenali diri ini pun.
Saya terkilan dengan sikap beberapa rakan yang datang bertandang, membaca dan memperlekehkan apa yang saya tulis melalui pertemuan-pertemuan mereka itu. Salah seorang mereka, saya tak perlu sebut. Cukuplah selama tempoh 3 tahun, 2008-2010, semenjak blog saya dilinkkan tanpa diundang, saya bersabar dengan manusia-manusia mengambil kesempatan memperkatakan apa yang saya tulis, seolah-olah saya ini manusia yang sangat teruk di kalangan mereka. Kot mana pun kena bersyukur, sebab saya tidak pernah berkawan dengan mereka secara realiti kerana bukan jiwa saya meletakkan diri saya di dalam kalangan "herd mentality" itu. Mungkin rakan-rakan ini juga adalah stumbling block kepada perjalanan karier saya nanti, so better not to have any connection with them at the moment.
Akibat kekecohan di alam siber tempoh hari juga, kredibiliti saya juga agak tercalar di kalangan rakan-rakan bikers baru saya. Mereka tidak bersalah. Kesilapannya apabila saya mengacah dan memperli balik rakan yang mengomen tu. Saya cuma nak tengok sama ada kawan tu akan bersikap gentleman, sebab komen beliau bagi saya, sangat sarkastik bagi kami yang berbincang serius. Seolah-olah dia tidak menghormati forum. Jadi apabila perkara itu melibatkan pihak ketiga, iaitu rakan bikers saya, saya rasa beliau tidak bersikap professional dengan memanggil rakan pihak ketiga tadi. Dek kerana tercabar, beliau juga sanggup mengundang orang luar terlibat sama, walhal gurauan berbisa saya mengenakan dia balik bagi tujuan peringatan telah disalah ertikan. Hmm....I have played with the fire, I got burned la right?
Itu baru di alam siber. Tak tahu lah kalau di dunia realiti pada satu hari nanti, kita sama-sama menjatuhkan kawan kerana dek mengejar pangkat dan harta. Jadi, selama 6 bulan itu, adakah ia berbaloi? Saya rasa, tidak.
Untuk pengetahuan semua, saya juga telah menghantar satu emel memohon maaf kepada orang tu di atas bahasa kesat saya yang mungkin menyebabkan beliau betul-betul terguris, tiga hari lalu. Sehingga kini, tiada pun apa-apa balasan seperti terima kasih, atau permohonan maaf balik beliau. Saya tidak mengharap pun. Jadi, betul lar firasat saya mengenai keperibadian beliau selama ini. Cukuplah pengalaman pahit itu, saya akan mengelak orang-orang macam ini pada masa hadapan.
Kepada rakan-rakan yang lain, terima kasih kerana menyokong membaca blog yang tak seberapa ni :) Saya memerlukan ruang ini dalam keadaan tertutup dan selamat. Itu sahaja.
Komen-komen anda saya tidak akan padam atau tapis, kerana ia adalah ekspresi pembaca yang menghidupkan kemeriahan blog itu jugak kan?
Cukuplah dengan apa yang sudah berlaku di sekeliling. Frankly, I cannot stand with the madness.

Comments
Post a Comment