Hilang

Ada sesetengah merungut, kenapa Tuhan tidak memberikan apa yang dihajat?

Seolah-olah tidak pernah bersyukur. Tidak mahu menerima kenyataan. Tidak mahu bersabar.

Tahukah kamu bahawa, kesedihan tidak mendapat apa yang dihajati adalah sebagai satu ujian? Mungkin kita tidak pernah dan akan tahu hikmah di sebalik kejadian yang berlaku.Mungkin itu adalah terbaik buat diri. Hanya Allah Maha Mengetahui.

Tahukah kamu, kesedihan yang paling ditakuti selepas mati adalah kehilangan.

Kehilangan orang yang dicintai dan disayangi, harta, pangkat, kepercayaan, kecacatan kekal atau maruah diri.

Seolah-olah separuh jiwa ini akan turut hilang, kalau mahu ditangisi sepuas-puasnya....

Aku kini mengerti bahawa di sebalik kehilangan, aku boleh melihat dunia ini adalah ilusi sementara menunggu yang abadi. Apa yang kekal adalah amalan, dan ketakutan bagaimana amalan itu akan dipersoalkan kelak mungkin mendorongku mencari satu ruang bagaimana aku boleh menebus kesalahan dahulu.....

Aku berdoa bahawa satu hari nanti kebenaran ini akan terjawab. Dan bagaimana kesabaranku menempuh hari-hari seterusnya akan memberikan kekuatan dalam menerima realiti kehilangan Adam sebagai satu salah ujian yang kecil dan aku mampu lalui....

Apalah sangat kalau dibanding dengan kehilangan cinta lelaki, kasih sayang, wang, pangkat atau pekerjaan, asalkan aku tidak hilang iman dan pedoman.

Kehilangan Adam adalah titik tolak buat diriku ini untuk melihat dunia ini lagi...

Comments

Popular Posts