Kain


Asal kapas, menjadi benang,
Asal benang menjadi kain.


Saya dan Encik Affendi berkenalan di tepi jalan, sewaktu saya sedang membelek kain ela di gerai beliau pada satu malam, dan kami bertukar cerita.

Memang teruja mendengar pengalaman beliau. Beliau banyak berurusan dengan pembekal di serata dunia. Bahasa bukan penghalang, asalkan hajat dipinta kesampaian, urusan diselesaikan. Ya, saya telah dijemput beliau untuk ke India dalam mendapatkan stok kapas di sana, huhu, sangat tempting OK!

Pengalaman saya memandu di Thailand dan membeli sutera thai di sana, kalau boleh ingin saya ulang lagi tetapi biarlah di Bangkok pula. Ramah dan lenggok bahasa yang sopan oleh si penjual kepada pembeli, kalau lelaki, memang cair. Silap silap hari berpapan kain dibawa balik. Duit pun habis :)

Yang menjadi kenangan manis saya ketika berada di sana, saya tertinggal shopping bag di hotel sebelum bertolak pulang. Entah apa yang membuat hati saya berdetik untuk pulang semula ke kedai kain tersebut. Mungkin corak kain yang saya tidak sempat beli memanggil saya ke sana semula. Tiba saya di kedai tersebut, penjual wanita itu terus memberitahu bahawa saya tertinggal beg shopping kain saya di hotel. Huhu, mana tak risau, kain-kain tu hampir mencecah RM500, jadi lega la juga sebab kain selamat dengan receptionist hotel yang membuat panggilan telefon ke kedai, disebabkan paper bag kedai kain tersebut jugak. Jadi pengalaman menarik ini mengajar bahawa kejujuran tetap ada di mana-mana. Mungkin tahun depan lar kot, saya ingin mengembara, mencari songket Thai yang halus tu, memang mengasyikkan. Kalau orang lain mengembara untuk tujuan tertentu, saya pula akan meninjau industri tekstil negara orang. Dah nama perempuan bukan?

Mungkin lepas ni saya boleh lepak dengan Remy kawan lama saya. Beliau pun sering ikut Jovian mencari fabrik di serata dunia. Ada juga rakan yang mahu ikut melancong, minat sama dengan kain, dan kami tak kisah berpeluh-peluh mengunjungi bazar. Tak bukan, tak lain, orang itu adalah Moon juga, kawan baik saya :)

Comments

  1. len kali belikan la jugak utk aku.. hehehe (wat bisnes ke?)

    ReplyDelete
  2. no prob dear, nanti I roger kat blog kalau mahu pegi next time.... I teruja lagi nak road trip road trip ni.

    ReplyDelete
  3. aku juga gle kain min :P

    ReplyDelete
  4. Tu ler, marvellous kan? Kain-kain ni kalau dibelek, mahu sehari pun tak cukup :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts