Going Solo
Perkahwinan, jika ia menghancurkan institusi kekeluargaan, adalah perkara yang menyedihkan.
Semalam aku berkeras untuk tidak menjual rumah di Rawang kerana dah nampak keretakan rumah tangga ibu dan bapa tiri.
Bapa tiri membuat ugutan untuk bercerai disebabkan perangai endah tak endah adikku terhadapnya. Kenapa nak ugut bercerai? Ibu dalam keadaan serba salah.
Setelah aku lihat dan kaji senario ini, jika rumah Rawang dileburkan duitnya ke pembinaan rumah ibu dan bapa tiri nanti, jika apa apa terjadi, contoh ibu meninggal dunia, rumah ini tetap milik ayah tiri.
Ke mana pula harta ibu untuk anak anaknya pula? Dab jika ibuku ditakdirkan berpisah dan dihalau, ke mana ibu akan tinggal jika rumah Rawang dijual?
Memang aku terpaksa bertindak kejam melindungi hak ibuku dan keluarga ini kerana semasa rumah rawang ini dibeli, separuh pembiayaan adalah dari pinjaman di buat atas namaku dengan niat agar adik beradikku terutamanya yang perempuan tidak perlu merempat menumpang rumah saudara mara. Separuh lagi adalah duit ayah atas nama nafkah sepencarian melalui penyelesaian di luar mahkamah. itupun ayahku berpesan bahawa rumah yang akan dibeli nanti adalah untuk anak-anak tinggal. Nafkah anak-anak pula adalah melalui potongan pencen ayahku juga. Pendirian disalaherti sebagai tidak berterima kasih kerana "menumpang" rumah ini. Ya selama ini aku "menumpang". kelakar bukan? Kata-kata daripada seorang yang sewaktu dulu merayu-rayu kepadaku untuk membantu kerana tempoh langsai baki pembelian rumah tinggal 30 hari.Kalau tidak, melepas duit deposit ibu, rumah pun tak dapat, kami adik beradik merempat.
Nampak gaya, aku akan beraya di perantauan macam dulu-dulu. Takpelah jadi seorang anak yang jahat. Kerana "jahat"lah, anak ini dapat tolong sehingga ibu dapat Master, adik-beradik boleh belajar sampai abis dan satu biji rumah keluarga dapat dibeli tanpa mengharap satu sen dari mana-mana insan bernama lelaki. Yang penting aku dapat mempertahankan rumah ini untuk ibu dan adik-adik. Tujuan aku menceritakan ini adalah iktibar kepada sesiapa yang berniat nak kahwin semula, bukan sesuatu yang mudah jika masih ada anak anak yang masih di dalam jagaan.
Bagiku, apa guna berkahwin semula dan menyebabkan kebajikan darah daging tidak terbela dan disalahgunakan? Duit boleh dicari dan sanggupkah melihat anak sendiri hidup tidak selesa dengan bapa tirinya?

this is one of the reasons why perpateh was created
ReplyDeleteyup I agreed with u. My nenek got her house from her arwah nenek since my nenek was an orphan and her mother remarried with someone else.
ReplyDeleteSo, siapa lagi wise dalam bab-bab ni? orang-orang lama :)
sabar byk2 min, ujian drpd-Nya utk kau sekeluarga ni..
ReplyDelete