PeeTeeDee Kontrak
Kunci kepada semua perkara adalah pengetahuan. Kunci kepada kejayaan adalah kesabaran!
Seperti yang direquest, aku akan cerita dari A-Z pengalaman aku dengan species ini.
Mula-mula masuk, post aku telah diisi dengan PeeTeeDee Kontrak (N41). So, macam terlebih plak pengisian walaupun perjawatan hanya satu. Sah-sah, orang baru mestilah kena merendah diri, senior didahulukan. Sakit hati gaks kalau derang buat donno, yerla aku kan macam dah menumpang plak.
Disebabkan satu kes di mana salah satu skandal lama ku seorang Ah-Long, muncul di pejabat nak mintak lesen, aku terus mintak tukar. So selamat lah si N41 sebab bila aku nak mengosongkan post itu, conpem kontrak dia akan disambungkan?
Tapi bos tetap mahu yg permanent isi jawatan ini. Adus, aku bagi lar alasan kena gertak la, tak sesuai la dengan perempuan seperti aku, etc etc, dengan lembut hati aku dilepaskan. Sebenarnya aku tak kisah pun nak amik post tu, tetapi memandangkan si polan N41 plak masa tu dah kawin, kalau kontrak tak renew, kecian kan?
So setiap hari, walau bilik kami yang bersebelahan, sebelum aku ditukarkan ke perumahan, aku dengan sengaja kuat-kuat bercakap dengan PT aku yang lembut-lembut, Adison a.k.a Allyson, dengan ayat yang sama,
" eh si mat akhir tu tak reti-reti ker nak apply ptd balik, dah la bini mengandung! Tak takut ker kontrak tak disambung? Dah la Bini tak bekerja, nanti nak makan apa?"
Panas hati la si mamat tu mendengar; mulut celupar aku itu seolah-olah mencabar kejantanan dia. Masa tu dia terasa sangat dengan aku sebab aku pandang sebelah mata jer kan? ehehhehe jahat.
Rupa-rupanya dia termakan jugak hasutan jahat aku. Apply balik SPA, pegi PAC, bla-bla, dia berjaya. tu pun selepas hampir 2 tahun aku mula-mula masuk. Ko bayangkan lah camner dia boleh tahan mulut longkang aku kan? Tapi dia tak penah nak confront pasal aku perli-perli "manja" sebelah menyebelah bilik. Belum cerita panas kelambu aku lagi kan among my besties; conpem dua tiga bilik sebelah boleh dengar. awww.....
Itu aku respect. Kepada N41 itu. Sebab mereka sedar diri. Dan Mat Akhir tu walau aku boleh kira beberapa patah kata kami bercakap dalam tahun itu, kini menjadi PTD cemerlang, gemilang dan terbilang. Askar wataniah lagi tu!
Cerita kedua plak : PTD Kontrak Alaf ini
Si Mr. J ni memang mula-mula masuk agak poyo lar. Jenis Metrosexual, shirt ketat melekap kat body. Mula-mula masuk, statement pertama terkeluar masa mula mahu mengenali,
"I hanya terima arahan Pengarah yer."
WTF? Apakah makna? Kami tidak boleh membuli?
Teruk aku dan KPSU aku kerjakan mamat tu. Tiada softcopy, tiada small talk, tiada sesi gossip, kalau dia lalu, muka kami serius macam komunis nak serang British. kalau panggil pun stail jerit masuk bilik sebab kami tahu, dia akan menurut perintah. Mummy's boy la katakan. Dan malang lar sebab kedua-dua kami adalah daripada background all girl school. Ex KPSU budak BBGS dan aku.......conpem buli membuli tu biasa der!
Sehinggalah hampir 4-5 bulan, setiap pagi, dia akan masuk dan memanggil, "Selamat pagi Puan, ada apa-apa yang I boleh tolong, u?
Penat la gak nak melayan, so lama-lama aku dah surrender, " weh panggil aku min lar, geli lar puan tu, macam anak tujuh plak!"
Sekarang, kami sangat close. kat basement parking pegi "fire break", pastu pegi cucuk langit. Lepak lepak Heritage Row. Sama-sama checking the score - henpon la, kamera la, GPS la, Stabak la. Pastu bowling, scuba talk or fitness regime. Kalau aku beli DSLR, dia pun beli. Asal kata memang takmo kalah lar, walau dia pakai honda Accord dan aku pakai saga. Aku baru kata nak layan Singapore Sale, dia dah call GF kat Intan, nak usha Coach Bags. Deym!
Tapi bab-bab keje,kami memang co-operate. Cuti kalau dia nak, aku ganti dan macam tu la. So takder prob sebenarnya.
Skang ni ada sorang baru masuk, yang aku rasa nak buli setelah insiden semalam.
"Softcopy yer, I prefer softcopy, by today OK!" Ayat-ayat ketika dia mintak tolong nak satu salinan artikel the star aku.
Eheheh, aku dan Mr.J dah ada rancangan jahat utk mamat itu!
Kesimpulan : Budak muda-muda sekarang ni agak fail lar ketika nak meminta, mungkin culture shock, so mula-mula orang akan menyampah! kalau dah boleh ikut rentak, OK la, macam kes aku dengan si Mr.J tu. So aku rasa let us give them some time before we can see their potential or simply ignore them for good!
oh aku dah ignore dah. potential atau tidak. hahahahaahahahah
ReplyDeletehmmm, mesti ada sesuatu yg. telah terjadi?
ReplyDeletesharing is caring, ahaks!
nanti ah. another tandoori punye cerita nih :P hahahah
ReplyDelete