SpaQ :Dulu dan Sekarang

SpaQ, drama bersiri melayu yang satu ketika dulu sangat popular.
Gempak sebab ada barisan pelakon wanita cantik, muda dan veteran seperti Betty Benafe, Norish, Jasmin Hamid, Fasha Sendat, Elly Mazlein, Faradhiya dan aktor muda dan kacak, Fahrin, Adiputra, Zed Zaidi etc etc. Tapi penampilan Azizah Mahzan atau dikenali sebagai Nek Jah lah yang paling best dan malatops! dikatakan kerana kontroversi Nek Jah dengan gaya kemban dan "seksi" membuktikan pelakon SpaQ ini di luar dan di dalam drama memang happening!

Juga penonton dihidangkan dengan barisan rambut palsu dan mekap tebal yang digayakan setiap pelakon dan lifestyle datuk datin yang ntah apa apa. Kononnya kelas dan trendy...
Okla, aku tak nak melalut. Nak buat perbandingan.
SpaQ 1 dulu lagi best daripada SpaQ 2 dan SpaQ 3.
Kenapa?
Lakonan Norish sebagai Qistina berbanding Nanu Baharuddin lagi real.
Norish memang nampak sangat menderita ditipu suami bermain kayu tiga berbanding Nanu yang agak kaku.

Mana lagi trendy? Nanu atau Norish sebagai Qistina?


Salah satu fesyen wig yang digayakan. Faradhiya sebagai Julia. So akak Nita!
Salute kepada Faradhiya kerana watak dia sebagai Fatin/kembar Fatin - Julia memang nampak kelas. Bayangkan kalau 30 tahun dulu Anita Sarawak memegang watak ini. dan jika 50 tahun dulu arwah Siput Sarawak juga berpeluang. Memang watak antagonis wanita perampas/perempuan simpanan/kekasih gelap akan sentiasa melekat pada faradhiya ini.
Aku juga suka kepada pelakon comic relief drama ini iaitu Ifa Raziah dan Kencana Dewi dalam SpaQ 1. Tapi watak Elly Mazlein, oh please, tolong kurangkan efek mengada manja kerana sangat memualkan. Macam ko sorang jer nampak cute dan nampak macam innocent. Seb baik watak ko dimatikan di dalam SpaQ 2. Ahahahahah

SpaQ 2 pula ada Jasmin Hamid, Datin Sofira yang menjadi musuh ketat Qistina. Plot cerita agak membosankan kerana pasal spa sebijik pun semua nak berebut dalam kancah dunia korporat yang serba kalut dan nak jatuhkan bangsa sendiri hehehehe. Macam lar profit return kaw-kaw RM10 juta setahun. Lain lar kalau spaQ itu adalah satu chain of spas.
Dan bila datang SpaQ 3, lagi hampeh kerana penerbit drama hanya fokus kepada isu anak Qistina, Dafi meroyan nak berebut anak dengan Julia. Asyik asyik nak mintak duit mak. Asyik asyik Tiz mengamuk cemburu sebagai bini kedua, Tension aku menonton kat Astro Box Office. Takder maknanya meletakkan Tiz Zaqyah dan Fasha Sendat dalam ini cerita kerana watak perempuan yang terlalu emo dan perasan dirinya hot dan hebat sangat menjelikkan.
Dan akan disambung SpaQ 4. Parah!
Kesimpulan : drama melayu ni dah kehabisan idea sebenarnya.

Fasha seperti biasa, menggoda!

Tiz, kuren la u dalam citer ni! I suka lagi Nur Kasih....
kredit kepada budiey.com dan ohartis.com di atas gambar-gambar yg kena pinjam!
hahahahahaha review kau ada kelas beb!
ReplyDeleteaku sukaaaaaaaaa!
huhu, ko patut tengok citer ni mala.
ReplyDeletethe bitching and the cat fight over a "dick"
deym!
kak min, dlm spa q tu tiq jadi tania ke?
ReplyDelete