Kemaman, Revisited

Kemaman, Terengganu.

Melalui semula jalan yang membawaku ke ambang kerjaya yang dipilih ini. Larian 2.4km. Pergh, terasa sangat perit, tetapi aku gagahi juga. Dan kini aku sudah hampir 5 tahun di jalan ini.

Sedang asyik melayan angin pantai Mek Nik malam yang sepi, ditemani cahaya bulan terang, ombak laut menghempas pantai dan angin sepoi-sepoi mendengar ballad Boyzone yang syahdu, dari radio kereta, aku mengingati kenangan-kenangan itu. Pengorbanan. Kepayahan. Cemuhan. Pujian. Fitnah. Ancaman. Full or surprise. Argh, macam drama swasta lak.
Lamunan terhenti, bila tingkap kereta diketuk, 3 lelaki berseluar track, t-shirt berkolar menegur,

"adik sorang ker? tunggu sapa?"

Polis rupanya. Potong sungguh! Aku lihat kelibat 3 biji kereta dengan manusia-manusia itu dalam 100 meter, berkumpul di satu tempat berbincang. Ntah apa la mereka ni buat? Malas terlibat sama.
Tepat jam 3 pagi, aku mula meninggalkan tempat itu. Ingatan kepada poster bed aku di Impiana Cherating seolah-olah memanggilku mengulit mimpi. Sayang, aku datang untuk berkursus, bukan bercuti cuti kali ini.



Bilik yang best! Untuk pasangan! ahahhahahah

Comments

  1. impiana cherating. tiap2 mlm ada live band. best

    ReplyDelete
  2. Anonymous03:22

    yup. live band dia best. siap berkenalan ngan singer tu.

    ReplyDelete
  3. Sedang menyimpan wang untuk bercuti di Impiana Cherating :)
    suke, tempat tu chantek!!

    ReplyDelete
  4. good to hear that. kemaman-cherating sangat cantik. nanti amik gambar banyak banyak ek.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts