Weekend Wonders

Kenapa weekend wonders?

Banyak sebab. Antaranya, kami sudah lama tidak berpiknik satu keluarga. Disebabkan sedikit 'dispute', perang dingin ditamatkan dengan sebaik mungkin dengan peristiwa aku balik kampung masa raya puasa itu.

Apa aku dapat minggu ni?

1. Piknik Air Terjun yang Best sebab aku Kena Jadi Chaperon kedua-dua adik perempuanku daripada kena mengurat. Mamat-mamat yang nak mengurat adik aku kena berenang dengan aku melalui jeram yang berliku di sungai Ulu Yam. Gila kan? Sakit badan kerana melanggar batu kat jeram-jeram tu. Yang best layan kepala kosong melungsuri  turun satu jeram air deras dengan ketinggian 1 meter kat situ. fuh, best. kalah slide kat sunway tu babe.

Sapa berani mau join gua untuk defensive swimming ? Jum!

2. Menjadi chef utama dalam majlis BBQ kat rumah. Tak rugi tengok "License to Grill" kat AFC Channel dan sedikit semangat adventure ala-ala Nigella Lawson . Jiran-jiran kenyang dan aku pun gembira.


Nigella Lawson is hot!


3. Resepi Killer Caramel Pudding daripada mak aku. Selama ni memang dia berahsia, susah betul aku nak dapat, pun bertahun-tahun. Kami pernah meniaga di pasar Ramadhan seksyen 7 Shah Alam jual menda alah ni jer dan laku gila.

Cubaan Kali  Pertama Puding Gula Hangus. Amacam? OK?


4. Supplementary card daripada bapak. Bukan untuk sesuka hati berbelanja yer, cuma subsidi minyak hasil pertukaran motor aku kepada ayah sendiri sementara nak cari motor baru hehehehehehhe.

Terang-terang aku katakan seronok minggu ni. Terasa macam seorang anak yang cukup kasih sayang pun ada. Yang lain full of surprise dan adventure.

Comments

Popular Posts