Tanah Air

Aku tersentuh dengan satu peristiwa yang berlaku pada satu petang di rumah.

Seorang lelaki membawa plastik berisi kuih kering dan keropok datang dan memberi salam.

Kalau tengok bungkusan dan kandungan, RM10 untuk tiga bungkus tu macam tidak lah berbaloi. Pasar tani di Pusat Bandar Damansara lagi nampak happening.

Mula-mula lelaki itu berbahasa melayu loghat thai merayu agar aku membeli. Katanya, dia sedang lari dari pergolakan di selatan Thai. Melihat aku  dah macam lain, diangkat bajunya sedikit dengan kesan calar dan bekas luka kena tembak. Lagi aku bersimpati.

Oleh kerana bahasa Melayu Thainya agak tebal, aku pun minta ditunjukkan passport. Yerla kalau pendatang tanpa izin, aku ni kira macam bersubahat kalau menolong. Sebenarnya tak pernah tengok passport Thailand pun, saja gatal. Nasib baik visa dia valid lagi sampai hujung bulan satu.

Bila aku dah membebel dalam bahasa Kelantan, barulah member tu bercakap dalam loghat yang sama. ces, kalau tahu aku dah cakap kelantan siap-siap. penatnya dia bercakap ala-ala  orang Siam baru nak cakap Melayu betul. Macam si Mek "Abang Bob, Abang Bob" tu kan?

Lepas tu aku fikir-fikir, bertuahnya Malaysia. Negara aman, tiada pergolakan. Sampai orang Thai boleh juga menumpang teduh dan warga asing lain. Adakah negara kita ni senang untuk dibolosi ? Kenapalah sesetengah orang nak memporak poranda kan negara sendiri? Tak paham aku.

kalau ditakdirkan negara kita pulak kacau bilau, korang rasa kita nak lari  ke mana? Especially Melayu-Melayu ni?

Singapore? Thailand? Indonesia? Laos? Belum tentu lagi kan. Thailand pun dalam usaha hantar balik pelarian antarabangsa Laos. Indonesia pula asyik kena bencana, lagi kena bantuan. Singapore tak yah cakaplah. Flat HDB negara dia pun macam sangkar burung. Kaum India dan Cina mungkin agak selamat sebab kedua-dua negara asal mereka besar dan maju sekarang.

Tu pun RPK boleh buat kecoh tak tentu pasal. Pastu larik dan dapat plak dok kat apartment mewah di London atas tajaan. Korang rasa dia nak bagi tumpang ke kat kita-kita ni ker?

Renung-renungkan lah.







Comments

  1. hi min, salam tahun baru =)
    new layout eh? aku pun letak layout baru, tapi layout favourite aku jelah. tak penah try yang lain.

    anyway, entri nih sangat bagus.
    kalau kita kena lari, aku lari ke brunei. hehehehe.

    ReplyDelete
  2. Anonymous23:18

    thanks dear. layout baru sebab tuannya ada masa membelek.

    brunei ada sedara yer? baguslah. I thought u want to go to Acheh?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts