Rentetan 2009


Pemenang America' Next Top Model Season 8. Wah, Jelita pun dah cover model-model antarabangsa.


Mengimbas kembali peristiwa-peristiwa 2009, banyak kenangan pahit dan manis mewarnai tahun ini.

Januari 2009
Aku masuk balik department lama. Dapat pengalaman baru tapi sekarang rasa job scope aku macam dah lemau jer. Tengah mintak ditukarkan ke kementerian lain. dah bosan buat perumahan. Fatiha pun dah masuk darjah satu.


Feb 2009
Takder apa signifikan.

Mac 2009
Bulan aku dilahirkan. Dah 30 tahun dah aku rupanya.

Apr 2009
Bermula episod kerja lebih penting daripada rumah dan tangga. Yang best, networking dengan pelbagai agensi dapat dibuat. Junior sekolah aku banyak membantu dalam tugas urusetia mesyuarat.

Mei 2009
Percutian sekejap ke Lang Tengah merehatkan minda. Aku perasan lar kan, alam sekitar, ikan-ikan dan air laut yang membiru sesuai dengan jiwa.

Jun 2009
Short trip ke Langkawi buat aku lagi relax dan tenang.

Julai 2009
Hubungan dengan seorang kawan agak goyah lar masa ni. Rasa down pun ada. Aku berserah kepadaNya kalau ini adalah ujian yang besar untuk dilalui kerana aku berniat baik menolong, ahahhahahahaha.

Ogos 2009
Bulan untuk menyambut hari kelahiran orang-orang yang tersayang. Dalam famili aku, ada seorang Aquarian, seorang Taurus, seorang Aries, seorang Scorpio dan the rest adalah Leo. 4 orang tu Leo tu. Mana tak harunya semua headstrong dan masing-masing nak menang. Sebagai seorang berbintang Pisces, aku agak  berjaya gak mengawal suasana. Bossy macam mana aku pun, aku tetap "disayangi" lar sebab dah nama Kak Long.

September 2009
Macam biasa Raya Puasa di mana secara officialnya aku balik kampung dan memperkenalkan anak. Luruh jantung sedara mara yang kemaruk nak makan lauk kenduri kawin aku. sorry guys.

Oktober - November 2009
Tader apa yang signifikan. Amik PTK last minute dan sangat rasa menyesal. Kenapa aku masih lagi nak buat keje-keje yang tak berkaitan core business? Last-last aku gak yang kena struggle.

Disember 2009
Bulan untuk persiapan 2010. Sekolah, passport, JPJ, insurance, HSBC. Ya, tahun depan aku akan berjalan jauh-jauh di luar sana dengan duit KWSP. Dah keje almost 10 tahun, biarlah aku nak menghirup udara asing dan bau tanah orang lain. Duit banyak kalau minda tertutup pun tader gunanya. Wlau bapak aku kata, adalah haram kalau mampu berjalan jauh daripada Mekah kalau belum menunaikan haji. Pedih telinga dengar. Tiga tema dalam kepala:

a) menjadi anak ke lapan Von Trapp, yodeling ala-ala Fralein Maria ;  ATAU.

b)  beguling-guling di banjaran Alps menyanyi, seperti aksi Kajol dan Shah Rukh Khan dalam cita Kuch-Kuch Hota Hei;  TAK PUN PALING CIKAI;.


c) memandu tanpa speed limit di autobahn. dah bosan lar layan NKVE to KLIA Sepang tu.

Sungguh Bavariankan?

Comments

  1. number 3 aku dah try (autobahn). hahahaha. best dowh. tapi aku tak drive lah, orang lain kena drive sbb diaorang sgt strict, nanti kena tangkap, that's it. selamba je bimmer kasi lampu suruh ke tepi sedangkan time tuh dah 140-160 drive. imagine, bimmer, merc semua drive 180 and above. pergh.

    amsterdam, beb, amsterdam. serious =)

    ReplyDelete
  2. Anonymous15:30

    fuh, bestnya. need more info from u later. x confident lar gaks sebab left side driving, tapi it is a lifetime experience kan walau ada kemungkinan kena maki dalam bahasa jerman?

    anyhow, thanks for suggesting Amsterdam. ada aku tak balik mesia sebab sexcited dok sana, hahhaahhahahaha.

    ReplyDelete
  3. Anonymous18:07

    aku nak kirim marijuana satu kilo kalau pergi amsterdam. wassalam

    ReplyDelete
  4. Anonymous19:48

    bang anony,

    ko kem marijuana macam pesan ikan bilis ek.

    tak penah lagi meniaga mende tu, kalau takat ganja ketul bata basah, no prob. nak kering peket pun ada. es bebeh pun. ;P

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts