Jiran
Aku bukanlah seorang jiran yang baik. Disebabkan ada kes di mana keluarga kami pernah diserbu oleh tuk imam surau disebabkan fitnah membawa jantan balik ke rumah, walhal 2-3 bijik keta di depan adalah kereta kami adik-beradik, memang aku bersumpah takkan bagi muka kat macik macik lorong 3/9 ni. Adik-adik aku jarang balik ke rumah. So, asal nampak jantan 2-3 orang jer masuk rumah, mula lar ada menyelak langsir.
Histeria Lane sungguh!
Berfikiran sempit, tak boleh tengok orang senang sikit, ada jer gossip yang akan sampai, dan menyakitkan hati.
Contohnya, ada orang tegur, " eh lama tak nampak, motor pun dah lama tak bawak, yerlah dah kereta sekarang ya!'
Apa motif? Mak bapak bayar korang bayar ker installment ngan minyak kereta aku?
Dan kisah Fatiha membeli nasi lemak bungkus pagi-pagi kat gerai selang 2 rumah sorang-sorang pun nak kecoh. Seingat aku la, anak korang yang main beskal dan berlari-lari tengah jalan, nak jer aku langgar kan. Buat bonggol haram macam p*k*m*k pun aku masih lagi tak pegi report kat MPS suh scrape balik. Bukan anak aku pegi mencuri ker atau mintak sedekah. WTF~
Sabar jerla. Tapi bukanlah aku nak membangga diri sebab aku tak amik port pasal orang lain. Pernah ker korang jiran-jiran semasa mak aku ibu tunggal anak ramai dan tak kerja, adik aku baru jadi OKU, korang datang bagi sumbangan?
Pernah ker korang datang tengok adik-beradik aku yang ditinggalkan semasa mak aku berhijrah sekejap korang bagi makan? pernah ker?
Aku masih ingat jasa baik jiran lama kami di Kelantan. Ketika ayah aku MIA, adalah 2-3 tahun, jiran aku Pacik Kob, datang di pagi raya, ketuk rumah, sebab nak hulurkan zakat fitrah. Ingatkan nak bagi apa. Yerla kami menyambut hari raya ala kadar. sekali buka envelop dapat RM1K. gila byk tu. Jiran aku tu orang masjid. Kalau adik lelaki aku tader transport nak pegi semayang jumaat, van dialah akan jadi mangsa. Kalau cuti sekolah tader keje, adik-adik lelaki aku ikut pacik ni amik upah buat telaga tebuk. kan berfaedah sikit kan? Dapat sorang RM10, buat belanja sekolah.
Yang aku paling sedih bila adik kecil ku nak beli aiskrim masa umur 3-4 tahun, terhulur duit syiling siam pun, macik kat rumah aku tu bagi jer. Memang kebaikan jiran aku kat Kelantan tu sampai mati aku ingat sangat!
Bukanlah aku menilai kebaikan orang dengan wang ringgit. Cuma aku nak bagitau, kalau prihatin sangat, pergilah tolong jiran yang anak ramai, yang tak hilang keje, yang susah. Jangan jaga tepi kain korang sampai kebajikan jiran sendiri korang buat bodoh jer.
Malas nak pikir. tapi jagalah korang kalau menyemak pasal keluarga aku. Ada aku pegi ketuk dan serang kalau menyebuk lagi.
OMG!
ReplyDeleteada lagi orang macam ni? serious?
aku ingat dalam drama tv je?
aku taktau mcm mana kau boleh buat dek je, min.
jiran aku buat rumah aku mcm rumah diaorang sendiri, dan vice versa. tapi jiran sebelah rumah nih jelah. jiran lain tak =p
memang masih ada, Mala.
ReplyDeletetapi hanya segelintir. Yang merosakkan susu sebelanga ni i sampai sekarang buat derk jer.
anyhow, nama hidup berjiran. sabar dan pasrah la kot. :)