Inglorious Basterds Bukan Cerita Perang

Inglorious Basterds? Quentin Tarantino?

Apa yang saya boleh komen, pengarah yang membawa mesej tertentu dalam filem beliau. Skrip yang membuat orang lain tertanya apa motif kesudahan cerita tetapi bagi saya "thinking story with thinking director" merupakan filem yang paling menarik dan berkesan di hati penonton.

Seperti Pulp Fiction, manusia sering memandang rendah akan keupayaan orang lain. Bila sesuatu rancangan tak menjadi, maka kecelaruan ditonjolkan dalam  jalan cerita  dengan kelucuan yang membuat penonton terhibur dan berfikir pada masa yang sama.

Oklah, memendekkan cerita, adengan yang paling berkesan di hati saya;

Ketika perisik Ingeris menyamar sebagai pegawai Tentera Jerman di dalam satu tavern ketika tentera Jerman sebenar tengah minum-minum kat sana. Tanpa disangka loghat bahasa Jerman perisik itu  yang teruk menyebabkan beliau hampir-hampir kantoi. Tu pun Commanding General di HQ boleh kagum, nampak sangat British suka ambil lewa bahasa orang lain dan megah dengan bahasa sendiri.

Juga bila rancangan mereka menggunakan tentera perisik berbahasa Jerman gagal, Amerika dan Inggeris menukar kepada Bahasa Itali. yang kelakar,  Bahasa Itali Brad Pitt dan sekutu pun pun teruk. Mereka lupa bahawa Itali yang satu ketika dulu adalah negara "Fascist" dan bersekutu dengan Jerman, dah tentu-tentu Pegawai Tinggi Jerman mesti pandai berbahasa Itali untuk mengambil hati Mussolini.


Brad Pitt dengan slang southern yang sangat pelik. Kononnya Yankee sangat. Ntah apa-apa. Claim ada darah Red Indian, tapi cakap ala-ala Negro.

Selain kebanggaan dengan bahasa dan budaya, mereka terlupa juga dengan adab dan budaya orang lain. Dahla order Scotch atau Whiskey yang sememangnya minuman orang Inggeris suka minum. Kot yer oderla Schnapps or Carlsberg  sebagai cover up di tavern tersebut. Kalau orang  Rusia sejati, mereka akan bangga dengan vodka. Dan juga bangsa lain. Gelak saya mendengar komen Pegawai Jerman yang menyindir perisik British seakan-akan tahu perisik itu akan kantoi, "I love Scotch (apa-apa berkaitan Inggeris/Scotland) but  the Scotch is not in love with me".

Tarantino juga bijak memainkan plot cerita dengan memasukkan unsur terrorism ke dalam filem ini. Nyata, istilah "terrorism" digunakan terus terang dalam filem ini di mana  2 tentera Yahudi Amerika memasang bom di badan sebagai suicidal bomber dalam panggung yang dimasuki oleh 4 orang terpenting  untuk the Third Reich (Hitler and the gang). Padahal terang-terang jalan cerita mengenai World War II, 50 tahun dalulu. Mana ada sangat pun kegiatan terrorism.

Kesimpulan: Sapa-sapa boleh melakukan Terrorism,  Bukan sahaja Al-Qaeda atau Palestin sehingga mewujudkan Islamophobia yang dicetuskan oleh dunia barat, so mesej penting cerita ini ialah siapa yang terdesak dan ditindas sanggup menjadi suicidal bomber atau mmeelakukan terrorism termasuk bangsa Yahudi. Dunia barat terutama Amerika perlu sedar bahawa tindakan memerangi terrorism melalui penaklukan dan penjajahan ke atas negara lain sudah ketinggalan zaman. Kalau tentera sendiri, Major Hasan boleh mengamuk di base dan membunuh kawan sendiri, mereka perlu sedar penaklukan melalui ideologi dan perang saraf adalah ancaman yang paling berbahaya.

Aik, dah macam berat plak, tapi aku recommend korang menonton cerita ni. Tak rugi. Sangat menghiburkan.




Comments

  1. dah tengok. mmg sgt menarik, sgt thought-provoking dan disulam mesej.

    classic tarantino.

    ReplyDelete
  2. sila cari versi porno dan ulas! hahahahahahahahah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts