Bentong - Lipis - Jerantut - Temerloh

Memang penat memandu hanya dalam satu hari.
Pengalaman di ambang 2010 sangat indah, kerana kami datang dengan misi dan harapan. Semoga apa yang sedang diusahakan akan jadi kenyataan.
Selain berjumpa Mak Cu (hampir 16 tahun lama tak bersua), aku rindukan saat-saat indah semasa kecil berada di kampung ayah. Pengalaman menyuluh dan mengutip durian, memanjat pokok manggis, menembak tupai bersama arwah Aki atau terjun tiruk ke dalam sungai di dusun masih terpahat di ingatan.

Kalau lah pengalaman tu dapat dirasai oleh anak-anak sekarang, alangkah indahnya dunia!




Pejabat Tanah Kuala Lipis. Sedikit urusan kena selesaikan juga.

Sekolah Menengah Clifford, sekolah Siti Nurhaliza. Atas sikit adalah pejabat daerah Lipis.



Rumah Kediaman Rasmi Residen Pahang dulu, Sir Hugh Clifford. Dulu rumah rehat kerajaan, tetapi sekarang dipindahkan ke tempat lain.




Bapa sepupu ayah tiriku dilahirkan di rumah ini ketika ayahnya jadi DO Lipis sekejap. tak leh lar nak challenge dengan kediaman rasminya di Seri Perdana.




Boleh tak korang percaya ini adalah rumah PPR? Makcu aku kata hanya bermodalkan RM50K (tambah upgrade sikit). Deym.




Melawat dusun terbengkalai bapaku. Dipaksa berfarmville kat sini sebelum duit mengalir ke negara asing.

Salah satu pokok durian tertua di "dusun" ini.




Lepak di rumah penjaga kawasan.




Padi di kaki bukit. Santeks!

Moral: Rajin-rajin lah balik kampung. orang kampung dah makin kaya (banyak tanah!).

Comments

  1. rindunya zaman kampung dulu. Skang ni kampung aku dah jadi pekan.

    Dunia makin membangun kan...

    ReplyDelete
  2. jazmin09:36

    biasala hadi, dah nama pembangunan. carilah kampung lain pulak kan?

    ReplyDelete
  3. eh eh..daerah angkat ku!

    mukim/kampung mana min?

    ReplyDelete
  4. jazmin18:59

    mukim tanjung besar/ kampung jerangsang. kampung badrul hafiz right? hang dulu kat mana? :)

    ReplyDelete
  5. alamak lambat reply...ahahahahk.

    aku pon kat2 situ gak...benta/kg terap

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts