Anjakan

Hmm, aku membuat satu anjakan paradigma tahun depan.

Akan mengubah haluan kerjaya ke tempat baru.  penatnya nak berkhidmat di dalam satu tempat yang terlalu perit untuk aku gambarkan di sini. Bak kata, di sini tempat pembuangan. Biarlah orang-orang tong sampah sibuk berhip hip horay menyemak di situ dan aku akan keluar sebagai orang baru bersama KPSU aku. Setelah berbincang panjang, kami simpulkan, kami akan meninggalkan tempat ini membawa diri.

Selamat tinggal kepada minit berjela task force, jawapan memo penting, mesyuarat-mesyuarat hangat dan kertas-kertas kerja. Kepada yang mengambil alih, sila bawa

a) bantal &  selimut
b)towel
c) nescafe
d)tidur yang tidak cukup (stayback berpagi-pagi)
e)  berhempas pulas dalam rehat panjang hari Jumaat  sampai tak der rehat pun
 f) melanggan wireless broadband kerana standard Number One akan menjangka minit keluar 2 jam selepas 40-50 mukasurat (tak terkejar dek non oi, nak balik opis dah 40km)

Apa-apa pun aku aku ucapkan terima kasih!


Comments

Post a Comment

Popular Posts