Penutup November
Bulan November 2009 adalah antara bulan terbaik dalam hidup saya.
Dipanjangkan cerita, kerja memang bertimpa timpa. My immediate boss pun seminggu tiada. Exam, assignment, presentation SKT, anak periksa, lawatan adhoc Menteri, travelling, sesi LAB untuk Kumpulan Task Force, tugas Parlimen, permohonan peruntukan, etc etc. Bulan penutup untuk aktiviti-aktiviti tahun 2009. Tersenyum saya mengisi borang SKT untuk dihantar kepada bos minggu ni.
Tetapi ada sesuatu yang lebih menarik berlaku sepanjang bulan November. Alhamdullilah rezeki tak putus-putus selepas raya. Frankly, I was so broke sebab raya sakan. Nak pakai savings, tahun depan banyak yang menunggu. Setiap minggu walau poket dah kering, ada jer sumber masuk secara berperingkat. Claim yang baru nak masuk sebab peruntukan dah abis pastu tiba-tiba dah ada balik. Then ada plak duit petty cash CC bagi sebab tak diclaim berbulan-bulan. Pastu masuk minggu seterusnya masuk plak claim parking. Yg paling best duit lebihan bayaran installment datang segedebuk boleh buat servis kereta yang datang dalam sekeping cek minggu seterusnya. Pastu ada orang nak beli barang junk dan buku-buku cerita saya melalui internet. Job survey politik orang offer sebab saya main-main apply kat asiaparttime.com ketika saya perlu mencatu duit minyak yang mahal giler dan tol yang cekik darah pegi balik Rawang-Putrajaya 3 kali berturut-turut untk Exam PTK yang last-last minit baru nak bagitau (out of my planning, OK!). Memang sukar dipercayai dalam masa sebulan, saya cuba memusingkan modal for survival. Dan saya gembira saya tak guna pun satu kad kredit sebab tader pun. Kurang sikit pening nak membayar kalau ada.
Mungkin saya patut lebih yakin kepadaNya. Tak boleh mengeluh kenapa orang lain boleh beli macam-macam barang sesuka hati pada bila masa. boleh booking flight suka hati nak pegi melancong merata. Nak pakai cantik cantik. Nak lepak tempat tempat best. Nak lifestyle yang kelas-kelas. Hidup saya perlu sederhana kerana ada banyak komitmen yang perlu dipenuhi.
Hadiah terbaik pada tahun ni selepas satu tahun berhempas pulas, saya menerima surat daripada pihak sekolah malam tadi ketika balik dari pejabat selepas sehari suntuk penat menguruskan Lawatan Menteri di daerah saya dan balik ke pejabat pula menyiapkan tugasan tergempar. Menitik air mata melihat surat yang pada orang lain mungkin tak bererti sangat. Saya dijemput ke Hari Kecemerlangan Sekolah bulan depan. Memang inilah saat-saat terbaik bagi diri saya sebagai single parents yang ntah apa apa ni. 8 tahun babe. 8 tahun! Saya dah buktikan sebagai ibu tunggal, kalau ada kemahuan dan kekuatan serta dorongan kawan-kawan dan keluarga terdekat, saya juga boleh mencapai impian saya. Cuma jalannya mungkin berliku, berlopak dan penuh onak, dan pada usia 3 dekad ni, saya boleh menarik sedikit nafas lega.
Segala penat saya tiba-tiba meruap membaca kandungan surat yang diterima.
Pelajar terbaik, matapelajaran-matapelajaran terbaik. Terima kasih, Fatiha.........
aku tersentuh baca entri ini.
ReplyDeletesebagai roommate kau, though kita jarang jumpa sebab lain sidang, terasa juga aku melihat keperitan kau. macam mana kau tidur lambat tiap malam, penat, dengan masalah-masalah manusia yang tak reti bahasa. dengan anak kau jauh. ish. i wish i had more time to spend wif you, boleh kita borak-borak. get to know each other better. haha. buat lawak bodoh.
you deserve this babe. i'm proud of you and your daughter. semoga dia membesar, kuat seperti ibunya =)
alhamdulillah. membesar bak juara!
ReplyDeletemin, nak tips ptk....
ReplyDelete