Pegi Bank

Al kisah aku pegi la satu bank islamik ni nak menunaikan cek hasil pembayaran berlebihan installment insuran yang dihantar melalui pos. Sapa tak gembira kan kalau dapat cek RM500 di kala nak tunggu 15 hari gaji masukkan?

Disebabkan cawangan itu adalah cawangan house cheque, aku pun berani la nak bukak savings account. Punyala lembab nak tunggu servis, kena tendang sini sana.

Tunggu punya tunggu, aku agak la borang aku tu nampak tebal sebab cam cam kena isi, ada la satu kakak ni menegur,

"adik datang sini nak mintak Amanah Ikhtiar Malaysia ker?"

Huh, aku terduduk sat. Nak gelak pun ada. Tapi aku pun terfikir. Bagus jugak bank ni. Walau kalah dari segi penjenamaan atau dalam istilah Inggeris, 'branding', ok gak la dari segi customer base yang dari golongan miskin sehingga kaya raya boleh duduk sama-sama tunggu dilayan. Patutla ramai aku tengok kakak-kakak dan pacik memenuhi ruang menunggu bank tersebut yang sedang  memohon atau tengah nak buat pembayaran balik.

Mungkin pasal tu staf kat situ agak tidak begitu customer oriented memandangkan tempat itu juga tidak membuat profit semaksimum seperti rakan-rakan bank islamik yang lain, mungkin tiba masanya untuk bank itu mempopularkan produk mikro financing seperti yang diamalkan oleh Bank di Bangladeshi. Taraf hidup penduduk dapatla diupgrade tanpa kunjungan ke ah long ah long.

Well, an idea will always be an idea. Kalau Air Asia boleh tiru konsep South West Airlines untuk penerbangan "no frills", apa salahnya ek?

Harap-harap dapatlah cabutan bertuah hasil simpanan tetap aku tu. huh, bukan setakat kaya, 10 kali pegi haji pun tak habes habes tu!

Comments

Popular Posts