Bajet Baik Punya
Wa dah agak,bajet 2010 taderla gempaks mana.
Kalau Kabinet tak berhemah, dengan adengan lompat party dan by election yang tak sudah-sudah tu a.k.a politik wang di mana ada wang, abang mari, tader wang abang pegi, no point pun nak berhemah.
Belum masuk budget adhoc repair jalan, buat balik projek terbengkalai atau baiki sekolah!
Semestinya wa sudah ada jalan bagaimana wa nak generate balik RM500 secara everlasting, tak yah nak harapkan kerajaan nak bagi pun. wa tak hard up langsung. Apa yang wa kena buat mulai sekarang:
naik moto jer pegi keje. Satu hari wa boleh save RM24 (duit minyak dan tol). Sebulan kalau 20 hari pegi keje x RM24 = RM480 dah.
kalau setahun 480 x 12 wa dah dapat : RM5760. banyakkan tu? amik 10 percent pun masih dalam RM500 . kena realistik sikit sebab perubahan cuaca disebabkan pemanasan global boleh mengakibatkan purata taburan hujan akan menggila tak kira masa!
Wa kurangkan makan kat Ali Maju. Satu nescafe RM2. Sehari wa jimat RM2. minum jer nescafe dalam miting-miting. 20 hari busuk busuk pun wa dah jimat RM40. setahun? RM480. hah, dah dekat pun RM500.
mau bising apa kan? tapi paling best yang wa dapat ari ni? wa mau masuk itu keje part time tick list barang syarikat courier utk 7 shift malam. Gajinya RM500 babe! Bosnya pun bangla. 7 malam dapat RM500! wa cuma tangkap lalok kejap mengantuk selama 7 hari taim kerja dan wa tak kesah pun kerana otak wa tak payah nak fikir idea-idea bernas yang membolehkan seorang bos mungkin dapat JUSA C dan masih lagi nak backstab backstab anak buah. Aiya mau kuar budget jamuan raya beli chapati sebanyak RM200 pun boleh berkira walhal sudah order sebijik Camry? kalau wa penat sangat, wa pegi angkat itu MC kat klinik RM1 itu jer. Yer, despenser ubat kat klinik Batu Arang tu pun pakai Naza Ria tau!
itu lah realiti yang agak pahit kalau mengharap ehsan kerajaan nak menyara kakitangannya. Dah la asyik kena kutuk sebab menghabiskan "tax payer money", wa boleh buktikan kepada kawan-kawan yang mengutuk tu, kalau semua orang segenius wa, kita ramai-ramai pakat korbankan RM500 untuk bajet tahun depan untuk kesejahteraan ekonomi dan kemakmuran negara! Dan tolong jangan merungut kalau kakitangan awam buat part time jadi drebar taxi, tukang sapu, despatch, tukang urut, pam attendan. Memang kalau sebulan gaji tu boleh bayar yuran sekolah anak, buku latihan bertubi-tubi yang cikgu paksa beli, baju sekolah dan ntah apa apa lagi.
Dan apa yang wa nak buat duit RM500 tu? Wa akan beli 2nd hand dryer macam wa buat dengan duit angpow RM500 syarikat lama. wa beli mesin basuh auto lagik, dan sampai sekarang masih berfungsi dengan tip top sekali!
x caya? wa akan post itu gambar dryer satu masa nanti!
x caya? wa akan post itu gambar dryer satu masa nanti!
aku nak masuk programme permata seni dan yang kanak2 genius tuh boleh? aku rasa aku genius dan berbakat besar dalam art. hahahahahahaha.
ReplyDeletecancel credit card wei. kena bayar every month rm50 =p hahahahahaha
program tu mesti import konsultan overseas pastu nanti ada slang la cakapnya. heheeheheh
ReplyDeleteaku tader kad kredit. debit ada. kalau dia caj debit, memang kena!