Soal Hidup
Nak berpisah? soalan yg selalu aku tanya balik, bila kawan atau kenalan tanya aku, "ok tak hidup sendiri balik?"
macam ada hint kalau ada orang tanya aku macam tu. aku ni dah macam pusat pertanyaan, "Life after Divorce 101". nak buat macam mana, kawan dalam susah, kita kadang-kadang mampu bagi satu dua nasihat.
Pada pendapat aku, kalau teragak-agak nak berpisah, baik janganlah.
Nak berpisah pun kena ada perancangan strategik. Kena kira pendapatan, cukup tak cukup, terutamanya kalau ada anak-anak kecik. Family dok jauh ker dekat? Ada tak sedara mara boleh tolong kita kalau kita berseorangan? Kita dah ada driving license ker belum (soal ada kereta tu nanti boleh fikir). Ada tempat nak berteduh?
Itu kalau perempuan yang nak mintak cerai. Yang lelaki pun, kena fikir, isteri kita tu boleh independent? Boleh drive? Boleh ker kawal anak-anak yang nakal? Boleh ker dia hadapi tanggapan masyarakat kita yang masih penuh prejudis ni?
Mungkin la faktor kesian kita mungkin tak sampai hati nak berpisah. Tapi dulu kalau dah boleh janji sehidup semati, takkan la kawin dulu sebab kesian? tatau la aku nak jawab.
Tapi aku nak bagitau. Tuhan dah bagi korang satu perkahwinan, rezeki untuk anak-anak, dan tubuh badan yang sihat, so kalau sedikit ditimpa ujian dalam perkahwinan, takkan la nak let go mcam tu jer. Memang la ada ketika kita akan bosan dengan pasangan, tapi kalau bertukar pasangan pun lagi bosan, kita pun tak akan kenal apa yang kita mahu. Kita buang masa. Kita tak tahu apa hala tuju. Mencapai kebahagiaan bukan melalui orang yang kita pilih sebagai pasangan. Salah tu kalau kata aku nak bahagia kalau kawin dengan orang tu.
Pokok pangkal, kita kena tahu apa hala tuju hidup ni.

couldn't agree more =)
ReplyDeleteehheheheh. life is so wonderful, isnt it?
ReplyDelete