Propa

Che Kiah kini kembali.

Kembali bergosip ala-ala Piah Zadora (tatau la minah ni masih hidup lagi) tapi chek nak habaq la pasai teman cheq mengadu la smalam, apa ke hal member secoursemate macam kerek takmo tolong dia. Sama la kes chek ngan budak seludup minum coke taim OBS tu (cek 3 bulan tak minum coke dalam detention, boleh jer tahan and tak penah nak buat aktiviti penyeludupan kan? sungguh kelas gittew!).

Kesimpulan, bila kita berada di tempat tinggi, susahlah nak pandang ke bawah.

Jadi kepada rakan-rakan di kementerian yang mempunyai 5 STAR rating, janganlah kerek ngan kawan-kawan yang berada di kementerian ntah apa apa ni. Manalah tahu anda dinaikkan pangkat dan keluar kementerian, masa tu la boleh dibezakan macam langit dan bumi. menyesal tak sudah. Masa tu la baru terhegeh-hegeh nak jawab call dengan sopan santun dengan rakyat jelata yang call anda tak kira masa. Kita yang tak berurusan dengan public secara terus, harus ingat, kita ni sebenarnya macam servant, walau berkot, bertali leher, berkain belah, bersanggul tinggi macam dayang istana, no point kalau nak berlagak sesama sendiri. keje pun sama sama makan gaji. Hutang kredit kad ntah beriban-riban. Itupun pow duit bini, duit boifren, duit mak bapak bayar telepon harga riban-riban. Wa tak respek lu!

So dijadikan cerita, bos KPSU member kita yang kerek ni pernah la datang berdatang di pejabat untuk satu meeting, dan wa pun ok jer ngan dia sebab humble dan boleh la berkira.

Disebabkan member yang mengadu tanya wa, ada sapa-sapa wa kenal, terus wa bagi itu nombor boss dengan pesanan, "lu name drop jer nama gua, dia mesti ingatla"

ehehheh. tai -che sungguh kan? tapi my point is, "toksahla kencing member sendiri cakap tak berani nak mintak tolong bos kita setelkan masalah remeh remeh ni."

Dah tu, selama berkerja berjam-jam dalam opis, takan la bos sendiri tak boleh diapproach untuk sedikit favor. Bukan suh luluskan kontrak ker apa. Suh bagi sokongan untuk pertukaran penempatan. aisey, lu mesti tarak baik dengan itu bos tapi masih berlagak macam opis itu lu punya.

Nak aku call bos tu tanya prestasi anak buah yang kerek tu kan? Tapi mak tetap maintain kelas, gittew!

Comments

  1. aku teringat cite kau ngan kpsu kat office aku hahahaha.

    lain kali kalau datang sini, singgahlah. boleh aku kenalkan hahahahahahahaha

    ini datang jenguk tingkat 10 je. lepastuh call time nak balik. ceh.

    ReplyDelete
  2. bukan tak nak jenguk mala. dtg ngan TKP dengan satu pajero. nak turun tingkat 8, bos plak jeling jeling.

    next time, aku cuba seludup turun. kem salam kat kpsu tu. kalau dia ingat lar. ejehheheheheh

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts