Reunion

Malam ini aku bahagia.

" Adam macam mana?"

"Oh, dia sihat, dah besar pun."

"Ada sakit-sakit tak?"

"Sakit, dia sekarang minum susu soya min. allergik.."


?. Bila masa keturunan aku tak boleh minum susu lembu ni?

"Lagi?"

"Dia garang lar"

Mata aku dah mula bergenang. Terang-terang dia mewarisi sifat itu.

"Nanti min nak belikan baju dia, beli saiz budak 2 tahun setengah ek. Dia ni cepat membesar"


Dan perbualan dengan ibu Adam hampir setengah jam itu sekurang-kurangnya terubat rindu kepada anak sendiri.

Penantian 1 tahun setengah untuk menghadapi saat-saat ini telah menginsafkan aku bahawa tak semua yang diingini akan terjadi dan dipenuhi. Sejak Adam lahir, aku terus bergelumang dengan segala cabaran yang terlalu besar. Dan aku bukanlah manusia penakut yang lari daripada kenyataan. Mengumpul kekuatan untuk berhadapan dengan semua itu memang mengambil masa. Dan kini aku maju setapak ke hadapan. Menjadi manusia yang berani. Tidak lagi berselindung. Tiada lagi rasa takut, gelisah dan tertanya-tanya.

Andai 20 tahun nanti, Adam akan tahu siapa ibunya, aku perlu bersedia. Permintaan Ita yang aku terpaksa akur, demi kebahgiaan anak yang tak akan disatukan dengan ibu kandungnya sebenar walaupun naluri keibuanku meronta ronta mengatakan itu anak aku.

Dan siapakah aku? Ita, ibu yang membesarkan lebih mulia dari ibu ini yang melahirkan. Adam permata hatinya. Cucu kesayangan keluarga. Pengganti kepada zuriat yang diidam-idam setelah bertahun-tahun mencuba tetapi tidak berhasil.

Aku juga manusia yang rela diremuk perasaan sendiri demi kebahgiaan orang lain. Melihat tawa dan menangis sendiri dalam rintihan. Aku ibu yang melahirkan akan terus memerhati sebagai orang luar, ya itulah taraf yang layak diberi kepada manusia seperti ku ini - ada anak tetapi tak macam ada anak.

Mungkin ditakdirkan Adam lahir juga walau tidak dipinta. Mungkin ketentuan yang telah terjadi atas kerana sebab-sebab tersendiri. Hidup ini penuh misteri bukan?

Biarlah Adam dibesarkan di dalam suasana keluarga yang lengkap. Ayah dan ibu yang menyayangi. Dididik dengan kasih sayang dan yang paling penting, ilmu agama.
Harap Adam menjadi manusia yang berguna, bertanggungjawab dan tidak lari apabila musibah menimpa.

p/s: Adam dan keluarga angkatnya akan bercuti ke London tahun ni. Aku tumpang hepi. Isnin ni Adam akan dibawa datang ke officeku. Ita nak buat pasport kat Pusat Bandar Damansara dan aku cuma tandatangan borang pelepasan.

Comments

  1. marmalade22:45

    sedih aku baca entri nih. dahlah aku juga dalam keadaan emo. kau ok min?

    ReplyDelete
  2. Anonymous03:09

    u can allways rely on a fren...i am here to hear u..:)

    meuknowwho

    ReplyDelete
  3. thank you guys.

    i am coping with this post natal depression yang tinggal belen-belen ni. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts