Kenangan Lama Mengusik Jiwa

Tader idea, tapi aku buat ni bila terbaca post Pengejar Masa, masa mana paling best?

Aku rasa masa student lar kot.

full of adventure, tough situation dan paling best, aku boleh buat apa yg disuka.

What I did for those years?

1. Pegi kuliah sesuka hati. Janji taim exam score atau lepas paper, tak payah repeat!

Kuliah yang selalu dituang - Tamadun Islam (TITAS)- ramai sangat manusia, rimas!Kuliah yang tak pernah miss - Logic Programming - Aku suka program LISP, C++ dan Oracle Database, Graphic Programming (Open GL). Di kala kenkawan sakit jiwa jawab exam dan score cukup makan, aku study satu malam jer dan seb baik, pass paper.

Kelas Bahasa yang disukai - Nihongo. Sensei aku teruja bila jawab exam, aku sensorang jawab in full Hiragana, Katakana dan Kanji. orang lain terkedek-kedek dalam Romanised character. Tapi tak best sebab sensei letak bench mark tinggi kat aku sebab aku dah amik Profiency Test.


2. Keje part time dan income yang masyuk sambil menyara keluarga.

(boleh shopping branded items taim sale kat Island Plaza sesuka hati, pastu lepak Feringgi makan-makan layan angin pantai, pastu buat movie marathon kat bukit jambul. Malam layan Seagate tengok racing sambil layan chicken chop Naza). Karaoke relau juga port selain kedai VCD 24 jam kat Bukit Mertajam.

3. Kawan-kawan yang best dan kapla otak bengong!

Pegi berkelah under Harapan Adventure Team (HAT), van rosak taim balik, laki-laki dan perempuan sama sama tolak van. Khairul Nor memang cool. Masa konvo, bukak gerai jual beskal. Pegi Ekspedisi kayak Pantai Bersih satu hari, kayak collapse, buat rafting sampai 20 kayak, kena lompat cross tukar kayak dengan Moon lagi (kayak kami paling hujung). Best.

4. Lecturer yang cool dan sangat open minded

Pegi School of Social Science memakai jeans, spaghetti top dan kardigan( USM best sebab boleh pakai jeans), mintak keje part time jadi data entry clerk. Gaji sehari dapat RM800 gitu. Lecturer kaya, student masyuk! Pastu layan dinner ngan lunch di Equatorial Bukit Jambul.


5. Boss yang paling Best - FB Manager of Shangrila Penang

Suka bawak aku pegi food tasting kat hotel-hotel bertaraf 5 bintang di Penang. Makan free sambil buat PR dan networking. Walau aku bertaraf casual worker, aku memang dapat pass bilik free kat Shang, sebab esok ada ada function. Rekod terbaik - satu malam pasang skirting 150 dinner tables (dulu mana ada stampling gun), personal dumb waitress untuk YB Koh Tsu Koon dan suka buat event untuk TYT Penang untuk outside catering. Wedding best - the Spanish Chef kawin Chinese Ladies. Free flow dan original Cuban cigars berkotak kotak atas meja. Macam cerita God Father. Real Flamenco dancers, fire eating man, pinata time (aku ingat birthday jer ada) dan puppet show from Austrian guest ala-ala cam movie The Sound of Music! Memang amazing! boleh dibuat rujukan for perkahwinan masa hadapan.


5. Desasiswa Harapan Hockey Team. First year masuk, pasukan kami Johan. Giler best. tiap tiap tahun dapat hostel (first list) sebab main hockey jer. Pastu member boleh dengki "kenapa ko dapat asrama, aku tidak?" Aku disayangi oleh roomate sebab aku tak wujud pun dalam bilik pun. Balik malam untuk tidur jer.

6. Dan kenangan-kenangan lain terindah....aku bebas menjadi siapa yang aku mahu, tadak orang peduli. Makan boleh sesuka hati. Saiz badan pun M. Banyak pilihan sikit kan?

Everytime tengok 'Ali Setan', masa tu terusik jiwa. Kalau lar boley diulang semula....

Comments

  1. menarik la hidup kau masa study. aku dulu boleh kata no social life, no nite life, maybe no life pun. thats why aku lebih enjoy bila dah kerja.

    dah ada duit sendiri, dah ada kereta/motor, lebih teratur sikit hidup.

    hmmm.. masing2 punya life kan..

    ReplyDelete
  2. owh...ko la asmidar yang dalam ali setan tu ek....haha

    ReplyDelete
  3. pengejar masa - yup, betul. Masing-masing ada kehidupan dengan cerita yang tersendiri.

    ikram- kalau aku kata aku watak Tipah Tertipu macam mana?

    ReplyDelete
  4. Haha... kat USM nak pakai aper pun takper, rules pasal pakaian mmg x ketat langsung. Suka2 ati la nak pakai aper pun...itu yg best! Haha!

    Aku dulu pun selalu tuang kelas TITAS I. Yelah, buat kat DTSP, mmg sure tido punye, pastu result TITAS I aku sangatlah hampess, so bila ambik TITAS II terus insap, dan tak pernah ponteng kuliah, terus dapat A-! Muahaha!!

    Baru2 ni aku ada pergi Majlis Sireh Pulang ke Gagang anjuran Alumni USM kat KLCC. Ramai gak yang hadir - Datuk Idris Jala (CEO MAS), Ahmad Tarmimi Serigar, Peggie Ng dan ramai lagilah!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts