Kelip Kelip Kg. Kuantan




Ijok, Bestari Jaya (dulu dikenali Batang Berjuntai) dan Batu Arang dekat benarlah dengan rumah aku. Memang belakang rumah pun. Guna jalan dalam, pergi ke Kuala Selangor pun hanya dalam 15 minit gitu.


Kuala Selangor banyak tarikan. Salah satu tempat yang wajib dilawati ialah Kg.Kuantan untuk menikmati senja atau malam bersama sang kunang-kunang. Tak rugi pun kerana selain kunang-kunang, pengalaman menaiki sampan pada waktu malam sungguh romantik sekali dengan disaksikan bintang-bintang dan kerlipan lampu kapal terbang firelfy yang merentasi udara (aku agak la sebab tiap tiap malam kapal terbang dok lalu atas bumbung, airport paling dekat pun subang).



Untuk menaiki sampan, penumpang adalah semaksimum 4 orang dengan harga RM40 satu sampan. Berbaloi lar jugak kepada abang-abang pendayung sampan (sambil kerja part time dapat duit, dapat gak bela badan tanpa ke gym dan membayar membership kan?).

Disyorkan datang awal iaitu petang sikit (sampai sekitar 6.30 petang) kalau waktu hari minggu kerana sambutan sangat menggalakkan. Kalau tak, jenuh beratur nak beli tiket dalam suasana sauna yang tidak boleh digambarkan. Masjid, gerai makan, souvenir, taman permainan memang sebelah menyebelah.













Tak dapat nak ambil gambar kunang-kunang sebab bateri kamera dah mampus masa atas sampan. Kalau ada pun, no point sebab kena pakai flash ( penggunaan flash adalah dilarang sekali).

Kami habiskan excursion dalam pukul 9 malam dan terus mencari restoran makanan laut di Kuala Selangor untuk makan malam.

Sungguh santai trip kali ini. tanpa dirancang dan penuh kejutan.

Comments

  1. kelip2 ku sangka api
    kg kuantan yang berapi...
    huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts