Depressed

Aku tengah depressed.

Dah berkotak kotak aku sedut. kepala pening. jiwa kacau.

Kenapa sesuatu yang disayangi akan menyakitkan?

Kenapa menyayangi tak semestinya memiliki?

Kenapa ditakdirkan melepaskan sesuatu yang disayangi amat meruntun jiwa?

Kenapa yang sudah ada tidak dihargai?

Perlukah aku kehilangan dahulu baru tahu menilai. Perlukan aku derita baru aku tahu tiada yang lain buatku, yang diberikan untuk dihargai. Bukan dibuang atau dilupakan.

Serius, aku totally lost. Orang lain kegembiraan. Aku masih berduka tahap dewa.

Kepada kawan-kawan, sayangilah diri, anak, isteri, suami dan yang disekeliling. Masih tidak terlambat untuk melafazkan kata maaf, ampun atau kata-kata sayang kepada yang tercinta.

Si isteri, senyumlah jika melihat suamimu berduka.

Si suami, bantulah isterimu jika dia memerlukan bantuan.

Si ibu bapa, lihatlah sinar mata anak-anakmu kerana ia sangat membahagiakan.

kerana kata-kata ini lahir dari seorang yang telah kehilangan. seorang yang tidak mempunyai apa-apa lagi.

Comments

  1. what happened dear?

    ReplyDelete
  2. hilang ape sebenarnya nie

    ReplyDelete
  3. Anonymous03:00

    CALL ME IF U NEED TO TALK..ur MITI fren

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts