Bengong

Seb baik aku postpone segala rancangan percutian bulan May.

Ditakdirkan bos nak pegi buat lawatan. lepas tu ada mesyuarat kumpulan kerja task force.

Andai kata boss direct aku cuti kecemasan tunggu mak dia kat rumah yg tengah sakit, maknanya aku lar kena incharge.


Semasa di meeting penyelarasan bahagian, berderu deru kerja sampai di tangan aku.


So boss bila mau settle?

"Rabu la"

"Rabu minggu ni?"

"Relaxlar jazmin. Jgn laju sangat. Lari laki ko nanti!"

Cilaka! Dia bagi keje melambak, pastu perli-perli pulak. Terus aku sound balik,

"Dah lama lari, Boss. Ni pun saya sibuk mencari yang baru untuk standby"
jawapan spontan yang terkeluar sambil melirik mataku ke pegawai 41 baru yang sangat jambu itu.

Sepantas kilat, semua mata pegawai-pegawai dan kakitangan lelaki tak kira ptd ker, jurutera ker, kewangan ker tertumpu kepadaku dengan bunyi sahut-menyahut nakal.

Yang perempuan-perempuan, tersenyum sipu.

Seronok tengok reaksi spontan muka tak percaya dari Boss aku tu. Hah, amik ko!

Comments

  1. patut kuar kamera snap gambar. baru la priceless!

    ReplyDelete
  2. mak belum terfikir nak jadi mamarazzi noks! heheheheh

    ReplyDelete
  3. cayalah...quote for this week!

    ReplyDelete
  4. hehehe, baru kene sebijik..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts