Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009
Seperti biasa, ramai manusia yang berpusu-pusu pada hari terakhir Pesta Buku ini, tak ubah macam Jalan Tuanku Abdul Rahman atau Chow Kit menjelang raya . Yer la, penerbit sudah pasti berlumba-lumba melelong pada harga yang sangat hebat pada hari terakhir ini. Malas nak bungkus balik stok naik van kan?
Semestinya aku sekeluarga tidak akan ketinggalan mencari buku-buku yang dihajati(ada yang berharga sampai RM1.00). Cuma tahun lepas aku tidak berkesempatan kerana menghadiri kursus DPA itu. Apa lagi, rambang matalah aku nak memilih kali ini.
Di antara buku-buku yang dibeli untuk Fatiha, buku cerita dari RM1.50-RM4.50.Nampak tak buku "Away to Panti"? Buku tu aku sajer pilih kerana dah setengah mati aku panjat gunung tu, asal usul nama gunung pun aku tak tau.
Adik kedua bongsu aku nak periksa tahun ni. Haruslah membeli buku-buku latihan kan?
Majalah-majalah keluaran lepas dengan harga RM1.00 setiap satu. Giler promo! Jangan gelak plak tengok Majalah Apo dan Ujang tu. Adalah sebabnya dibeli......
Aku betul-betul minat dengan siri "Hidup Dalam Blues" satu ketika dulu. Koleksi peribadi beg kertas yang membuat aku tak teragak-agak dapatkan beg ni dengan 2 majalah Apo dan Ujang pada harga RM4.00. Ramai plak bebudak berebut sebab ada dua tiga kartunis datang buat lakaran percuma. Memang sangat "herd mentality" kan aku ni?
Tapi yang best, kalau tak memborong tak sah namanya. Aku decided nak hidupkan balik subscription Time Magazine dan Fortune. Asyik baca Malaysiakini.com dan majalah-majalah tah apa kenamanya. Ada kat library kementerian aku tak sempat nak pegi membaca. Kali ni pengedar bagi banyak free issues terkini sementara aku tunggu langganan aku dihidupkan.
Langganan setahun Time (54 isu) dan Fortune (24 isu) dipromosi pada RM350 jer. Isu-isu percuma ni kalau nak beli kat news stand mau tak dekat RM100 gakkan?
Dan aku tak dengan muka tak malu minta kat pengedar satu buku hard cover percuma sebagai insentif melanggan. Puaslah aku nego ngan cina tu kan?
Kalau nak beli kat MPH, mau tak harga RM70-80. Kat Pesta Buku dapat free lagi. Tu yang aku suka sangat-sangat.
Pesta buku kali ini menyaksikan banyak penerbit buku-buku agama yang gila-gila promo dengan harga sangat berpatutan. Harga RM35 jadi RM21, gila aku nak memilih gitu. Memang best lar diorang ni.
Asyik dok mengadap aktiviti hedonisme sepanjang masa, sekali sekala baca buku-buku agama ni elok sangatlah tu.
Selain tu aku tak ketinggalan mendapatkan novel "Ayat-ayat Cinta" yang memang promo harga gila murah RM20.00. Belum lagi aku tonton filem yang dikatakan hit itu.
Kalau nak tahu, penulis novel ni siap datang untuk diskusi buku di PWTC, so aku rasa sangat berbaloi kerana dapat tengok macam mana rupa Habiburrahman El Shirazy tu dari jarak dekat kan? (kebetulan diskusi buku sama timing dengan waktu aku sampai).
Tabik kepada pengedar "Al-Hidayah" kerana promosi novel-novel cinta berunsur keislaman sangat mendapat sambutan. Aku nak borong lagi waktu sudah terbabas untuk balik.
Dan sekali lagi dengan muka tak malu aku cuba dapat free gift daripada towkey Al-Hidayah (uncle ala-ala Pakistani) kat kaunter...
Dah lama aku tak dapat planner islamik semenjak meninggalkan aktiviti PMI (Persatuan Mahasiswa Islam) di USM dulu...Cantik layout planner ni dengan potongan-potongan hadis & petua hidup bahagia di dunia dan akhirat.
Cuma kali ni aku terkilan dengan sikap sesetengah penerbit dan pengedar yang agak tidak pandai mempromosi buku-buku kesusasteraan Melayu kerana harga satu buku hard cover Usman Awang boleh mencecah sehingga RM75? Bengang aku kerana harga jauh mahal daripada buku-buku terjemahan penulis Timur Tengah dan penulis Indonesia yang sememangnya sudah laris atau best seller di pasaran mereka (sebagai contoh, novel versi hardcover Habiburrahman El Shirazy baru sekitar RM39). Kalau harga semahal itu untuk keluaran terbaru aku bolehlah faham kerana penerbit pun kena mengeluarkan kos lebih semasa initial stage book launching - bayar manuskript, kos editor,proof writer, kos design cover, printing dan segala-galanya, ini sudah masuk cetakan ke-10 sejak 1996 pun masih tinggi lar bagi aku. Sampai sekarang aku dok buat analisa kos versus return on investment. Takkan tak break even lagi kut? Pening la kepala aku kan?
Kalau kita nak promosi anak bangsa menghargai karya-karya agung tempatan, aku rasa patut kita buat macam sesetengah penerbit barat yang menengahkan karya bangsa mereka, contohnya penulis novel seperti Charlotte Bronte, Emily Bronte, Hemingway, Charles Dickens, Shakespeare atau Tolstoy dalam versi paper back mampu dibeli oleh semua golongan (rm15-30)supaya mencipta mass market demand. Aku dulu pun banyak beli masa student dulu sebab nak beli yang hard cover memang tak mampu.Adalah dekat satu rak buku penuh, tu pun kumpul sikit-sikit. Nak kata ramai penulis dah mati, memang harga murah pun tapi kalau koleksi buku aku termasuk beberapa buku-buku pulitzer price winners yang masih hidup, harga buku mereka tetap tidak semahal itu!
Kesimpulannya, memang Pesta Buku ini tidak lami lagi akan dibanjiri karya-karya agung dari luar. Nama pun Pesta Buku Antarabangsa. Tapi di manakah karya agung kita kalau asyik dilayan dengan begitu elit sehingga anak bangsa yang sengkek seperti aku ni nak beli pun fikir dua tiga kali. Kena pula setiap tahun karya cerpen atau novel Hadiah-hadiah Sastera pun bertambah dan tidak kurang hebatnya. Mungkin lapuk disimpan dalam koleksi library?
p/s : tiba-tiba teringin nak baca "The Red Badge of Courage" by Stephen Crane. Buku lama sudah hanyut dibawa banjir.
Aku tak sempat pergi..
ReplyDeleteDemotovated bile kakak aku kate, jangan beli2 buku sebab dah takde tempat nak letak kat rumah, nak bace pergi library.. (Rumah aku defintely kena buat garage sale.. Terlampau banyak barang)
Anyway, dulu selalu pergi library and pinjam je sebab rak dah tak muat tempat.. Tapi buku2 yang best, berbaloi buat simpanan..
Buku classic Barat memang murah2 sebab selepas 100 tahun (tak silap aku 100 tahun) dah bukan lagi copyright.. Jadi, sape2 pun boleh published..sebab tul boleh dapat dengan harga RM5-RM10 for paperback.. Tapi buku2 Malaysia, ternyata mahal2 lar..
hi birthday girl,
ReplyDeletehappy belated birthday! Hope x terlambat nak wish lagi :)
yup, very upset tak boleh nak beli buku due to storage problem. My mum dah pesan kepada si kecik, jangan sepah-sepah buku lagi tu....
Since u r getting married, perhaps moving out somewhere will be a good reason to keep your books with more space, right? ehehhehe
yer, kalau harga mahal, gamaknya i pegi library pinjam jer la (pulang belun tentu!) ehehheh
majalah time n fortune aku slalu sebat kat vip lounge kat klia...haha...best2....
ReplyDelete