Doable Job

Syabas kepada rakan-rakan non-PTD kerana menghasilkan minit mesyuarat jawatankuasa kumpulan kerja TASK FORCE PEMUDAH yang bagus dan tersusun kandungannya. Aku baru cek email, seb baik dah lepas minit tu.

Walau kalian semua telah didera oleh ku selaku penyelaras the main task force untuk stayback selewat jam 11 malam, komitmen yang ditunjukkan memang baik.

sehari sebelum aku dapat bercuti ke Terengganu, 4 J41 dan 3 W41 yang di"paksa" menjadi jawatankuasa itu menghabiskan masa 2 hari menyediakan deraf minit tersebut.

Bila sampai ditanganku, habis dirombak susunan kerana kandungan minit perlu lebih diberatkan kepada keputusan mesyuarat yang lebih mudah difahami, dan tidak semestinya mengikut sequence isu-isu perbincangan mesyuarat tersebut. Isu-isu yang dibincangkan adalah sangat "jumpy" ke sana sini di mana keputusan mesyuarat berungkai ungkai dengan satu sama lain, so memang aku paham kenapa korang macam bengang bila aku rombak deraf minit itu pada saat saat terakhir. Terpaksala kan dirombak sebab yang nak baca minit tu ialah the Ultimate Number One Boss.


Melihat usaha bersungguh-sungguh walau ada suara-suara sumbang mengatakan kenapalah bukan PTD diarahkan menyediakan minit (bahagian tu takder PTD sebab PTD yang ada telah ditukarkan ke bahagian lain iaitu aku dulu), aku bangga dengan korang!

Moral of the Story : Buat Minit Mesyuarat yang berpuluh-puluh muka itu pun bukan keja PTD ja, other scheme can do too.

Conclusion : Can I say our scheme core business is a doable to everyone? Harus aku improve skill yang lain juga kan?

Comments

  1. mentang-mentang la kita ni P&P, takkan minit kita je kot yg tau buat?

    ReplyDelete
  2. tu arr.

    aku nak mendajalkan keputusan mesyuarat minit ni ehehhehehe. Boh "tindakan oleh" tu byk byk kepada orang yang hingaq takmo buat minit ni kan?

    walaupun rencam, minit mesyuarat is a powerful tool. :)

    ReplyDelete
  3. best la kalau wat minit je...tp benda lain nak kena hadap jugak..tu yg x best tu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts