Convo


kepada sesiapa yang rasa aku macam peghak pasal convo ni, aku nak bagitau, inilah perst time aku konvo selain konvo high school dan tadika aku.

Konvo masa deegree tak pegi pun. tengah sarat mengandung. 5 hari selepas tarikh konvo tu, aku dah selamat melahirkan fatiha. cuba imagine kalau aku terberanak masa konvo tu, confirm masuk paper kan?

Yang kelakarnya, konvo degree orang lain, aku sebagai penolong pengarah program bahagian cenderahati dan hadiah pertandingan segala macam maneka masa konvo. Taim aku pulak, macik, pacik, bekas laki menunggu macam nak rak. hampa jugakla tak datang. agaknya hampa macam rihanna tak jadi datangkan?


So aku rasakan biarla tader sapa sapa datang pun. Yang penting aku dapat gak pegang dan amik gambar cantik cantik. Pastu aku nak gantung gambar aku sebaris ngan gambar adik-beradik yang dah konvo berzaman dahulu kala, termasuk gambar mak aku yang naik turun stage tiga 4 kali amik skroll.

Beza kali ini aku pakai baju istiadat. Dalam famili, gambar aku ngan bapak aku jer macam tu. Dia masa tu ditauliahkan pegawai kadet tentera dan aku pegawai cabuk yang masih keja kat opis malam-malam selepas raptai konvo dan selepas waktu konvo.

Huhu. Konvo adalah satu fasa yang sangat menggembirakan. Selepas konvo, banyak tanggungjawab yang harus dipikul. Macam konvo selepas abis degree kan? kerja, bayar hutang dan terus bekerja.

Comments

  1. hehehe, the fun is momentary. but the mwmory remains....

    ReplyDelete
  2. yup. true. it will be remembered forever.

    ReplyDelete
  3. thanks, and congrats to you to.

    ReplyDelete
  4. weh minah, ko import jer ler ko nyer page nih ker fesbuk.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts