Senarai Kesyukuran
1. Bandar Tasik Puteri rupanya ada motor cross track dan juga mountain bike. Dan saya berhajat untuk mencuba kerana sangat menyeronokkan. Itupun setelah anak saya mengajak lepak di taman central park kerana sudah lama tidak melepak. Saya mahu cari rakan yang mempunyai minat yang sama. Cuma saya kena kuruskan badan sedikit. ahahhahahaha
2. Saya telah membaca 3/4 saga twilight yang saya rasa sangat teruja untuk menonton cerita sekuel seterusnya.

3. Saya bersyukur kerana telah backup sim card saya sebelum handphone saya hilang selepas saya ke Port Dickson pada malam itu. Saya hantar kereta ke car wash selepas itu kerana kereta berpasir. Kemudian, saya perasan handphone murahan saya telah tiada. percaya tak, selepas tu saya lepak semula PD. Rupanya, lepak waktu siang lagi cantik pemandangan daripada waktu malam.
Saya baru perasan PD ada marina rupanya. Hmm, mungkin saya patut pergi berjalan-jalan dengan kaum keluarga yang selalu saya abaikan. Bapa tiri saya selalu bawak adik beradik berjalan-jalan. Kerana vacation club yang dibayar setiap bulan, sekurang-kurangnya ada tempat best sedikit nak check in kan?
Saya perlu belajar menerima bahawa walaupun keluarga saya tidak sesempurna keluarga yang lain, saya masih ada keluarga lagi.
Dan saya perlu menerima kenyataan, inilah keluarga yang saya ada setelah segala penat lelah, tangisan air mata, tak tidur malam bersengkang mata , pengorbanan cinta, harta benda dan segala-galanya memungkinkan saya memiliki keluarga ini.
Dan saya perlu menerima kenyataan, inilah keluarga yang saya ada setelah segala penat lelah, tangisan air mata, tak tidur malam bersengkang mata , pengorbanan cinta, harta benda dan segala-galanya memungkinkan saya memiliki keluarga ini.

Kalau kita selalu melihat pada orang yang ada lebih daripada kita, kita takkan pernah bersyukur, tapi jika kita melihat pada orang yang lebih malang daripada kita, betapa bertuahnya nikmat yang diberikanNya kepada kita..
ReplyDeleteSetiap kejadian itu ada hikmahnya, we just have seek for it then we will be grateful about it..
Cheers! (^^)/
eh, mcm best la mountain bike tuh. nak gi jugak la
ReplyDeleteyaya- that is a good point for me to ponder. eheheh thanks!
ReplyDeletehadi- beskal? aik, aku ingat ko nak join motor cross?