Jangan Cucuk Belakang

Hangin betul aku. Mood dua tiga hari ni bukannya betul.

Tapi disebabkan pemandu kereta yang suka cucuk meyucuk di lane tengah highway ni lagi membuatkan aku betul betul naik hantu. Seb baik blog ni ada lagi.

Semasa menghantar adikku ke Greenwood dan dinner dengan bapakku, aku dan adik beradik balik semula ke rawang melalui NKVE.

Semasa kuar dari Sg.Buloh, berbondong-bondong kereta perlahan kerana ada trailer dengan muatan di hadapan kami.

Yerla, lorong keluarnya muat muat untuk satu kenderaan. Kereta belakang pun jangan la nak mencucuk rapat rapat.

Sebijik Honda Civic 2.o Gold colour memang perangai macam celaka. Bontot sagaku yang tinggi pun kalau lampu kereta belakang dah menyuluh terang, nampak sangat dah nak mencium tu. Jenis tatau sabar kan!

Apabila dah masuk highway, terus aku tarik gear 2, rpm 4.5 dan pecut masuk lane tengah kerana Civic tu masih lagi nak mencucuk. Dan si Civic itu terkejut dengan tindakan ku kerana dia ingat aku nak masuk lane paling kiri. Pacik tu pun terpaksa la plak masuk paling kanan sebab aku tak bagi chance nak potong lar kan. Nasib baik kereta dari belakang tak banyak.


Tapi masih lagi nak buat perangai celaka. Lepas tu dia masuk lane tengah aku nak mencucuk bontot saga aku balik, walhal lane dia dah takder kereta di hadapan. Aku masuk lane paling kanan, nak bagi larkan lane tu. Dia tetiba gatal plak masuk lane aku.

Yerla kereta aku kereta murahan. Siap dengan sticker P lagi. Taula bawak Civic. Tapi tader civic mind pun.

Adengan cucuk mencucuk berterusan 5 minit. Aku masuk lane tengah semula. Dan dia pun dah start memecut di lane paling kanan aku tadik.

Kerana aku sangat benci road bullies ni, aku nekad mengajarnya semula. Aku pun masuk lane dia dan pecut 150km/j betul betul-betul di belakang keretanya. Meh aku cucuk Civic itu semula. Bagi balik. Baru la best kan mencucuk di tengah highway, bukan di lorong sempitkan? tergamam pacik Civic tu dengan tindakan gila aku.

Adengan aku mencucuk bontot Civic hanya bertahan dalam 10km jer dan pacik tu surrender masuk lane tengah balik, dengan memberi signal ke kiri. kata kereta power, tapi tiba-tiba bawak macam pondan!

Bila aku dah jauh meninggalkan kereta itu, aku perasan dia dah tak berani nak pecut dan rapat mencucuk. Memang cilaka. Dasar road bully kan?

Jangan ingat pemandu kereta wanita bersticker P bawak kereta cc kecik boleh dibuli dengan senang sajer. Dia tatau yang bawak saga tu bekas minah rempit. ahahahahahhahahahah

Comments

  1. Bravo ar Myn!!! =)

    ReplyDelete
  2. min...bila nak race? saga vs saga?

    ReplyDelete
  3. naz- semenjak inokulasi Ulu Kinta, anything without bullets or C4 is doable! ironic bukan?


    ikram- feel free to call for a race. Let Hadi be the judge, kan? U auto or manual?

    ReplyDelete
  4. Anonymous08:02

    Sejak 2 tahun drive to n fro putrajaya, aku dah masak dgn orang gile yg suke cucuk w/pun time jem..
    Aku tak suke cucuk balik bile jalan dah clear sbb I know I'm not good at that. lgpun Kenari 1.0 aku tak cukup power ah.. Tapi aku suke buat diorang lebih irritated dgn drive super slow, smpai byk gile keta masuk depan aku n aku break tiap 2 saat..hahahaha.. You kiss, you pay sucker..
    Bile keta tu bengang n overtake belah kiri and masuk depan aku, aku gi belah kiri.. Game over.. Tak kuasa aku nak layan dah..

    ReplyDelete
  5. apahal lak aku jadi hakim ni. aku pun nak fight gak.

    ReplyDelete
  6. hadi- mana boleh hummer vs saga. sat lagi abis ko lenyekkan..
    hahhahaha

    ReplyDelete
  7. yaya- ehehehhe, drive slow giler lagi annoying dari cucuk balik, ye tak? tapi tu arr akak jenis tak sabar la yaya.

    ReplyDelete
  8. saga aku manual...tak mashyuk la auto wat race....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts