Satu Ketika Dulu

Aku melepak lepakkan diri di dalam kawasan yang satu ketika dulu menjadi penempatan 6 bulan, walaupun tidak mempunyai sebarang undangan. Hanya menemani rakan yang kebetulan kursus seminggu di waktu rehat tengahari dan rasa bosan di pejabat yang amat extreme. Aku benci Jawapan Parlimen!

Memandangkan adik-adik sedang berkursus, aku pun mengambil kesempatan membuat observation. Yerla, kita dulu pun satu kapal. Cuma kali ini aku tengok macam tak ramai lar pula,
lebey kurang dalam 2 sidang. Mungkin yang lain sedang bermodul luar.

Pengamatan aku - Oleh kerana aku sentiasa melihatkan diri aku seorang insan yang terlalu sederhana (standard pegi kerja- makeup takder, tudung ala-ala cukup syarat dan baju pun tak dela vogue atau the vass gitu) mungkin tanggapan orang lain - aku hanya seorang penjawat awam yang biasa biasa sajer.

Dan ketika aku mepakirkan mobil, aku lihat sekumpulan peserta dengan blazer di tengah hari buta gagah menuju ke dewan makan. Menu hari ini? Nasi Ayam kegemaran aku lar, hari ini kan Hari Rabu.

Untuk pengetahuan kalian, cara masakan, lauknya saling tak tumpah dengan nasi ayam yang aku makan selama 5 tahun di asrama dulu. Aku amat merindui nasi ayam sambal sotong, keropok udang, sup timun cina. Tiada yang serupa melainkan versi INTAN ini.

Berbalik kepada peserta kursus, walaupun letih memanjat bukit beramai-ramai, aku tiba-tiba bangga.

Seorang dua peserta masih sempat melemparkan senyuman kepadaku, insan selamba ini.

Alangkah bagus jika sikap bertimbangrasa dan mesra alam ini ada semasa aku berkursus dulu.
Mungkin aku tak berkesempatan mengenali yang lain.

Yang penting, aku dapat rasa good vibes pada mereka-mereka ini.

Syabas dan teruskan sikap saling menghormati, penuh courtesy dan bertimbang rasa.


* di waktu ini aku merindui afternoon siesta in 433. aku baru perasan kawasan parkir di sini amat sesuai untuk aku praktis parkir sisi, reverse dan membuat pemanduan berbukit. heheheheheh








Comments

Popular Posts