Orientasi Sekolah Tahun 1

Sudah lama aku menunggu saat ini kerana saat ini kerana:

a) Sudah 29 tahun aku tak merasai orientasi darjah satu

b) Aku tak percaya lepas ni aku akan biasa mendengar semula tentang surat PIBG, Yuran, Buku Teks, Yuran Bas Sekolah, Kasut Baju Sekolah, Derma Ikhlas, Sukan Sekolah, Penyampaian Hadiah, Peperiksaan, Tuition, Hari Guru, UPSR, Jamuan etc etc


Bilik Pendidikan Seni dijadikan kelas sementara kerana tidak cukup untuk 700 pelajar tahun satu sekolah ini.


Ramai Yang Ceria, takder yang nangis-nangis, menandakan anak murid sekarang sudah berani!



Hari Pertama dah Kena Menulis Latihan Ringkas. Kalau yang baru nak belajar camner ek?



Ibu-bapa yang menunggu di luar kelas dengan penuh sabar. Pemandangan biasa hari pertama persekolahan


Beratur keluar, bukan taim rehat, tetapi pergi mengambil buku teks beramai-ramai


Pengalaman hari pertama sekolah rendah tidak banyak jauh bezanya, dibandingkan zaman sekolah aku dan anakku. Mungkin banyak kurikulum dah berubah, tapi keadaan fizikal sekolah dan tenaga pengajarnya sepesen jerla.

a) Cikgu tetap memakai pakaian sedondon dengan warna kasut, warna tudung dan warna handbag. Cikgu masih didominasikan oleh kaum perempuan. Calon-calon hot untuk dijadikan isteri kepada bakal suami kerana cikgu banyak cuti? kerja separuh hari? Atau senang tak payah nak mengajar anak sebab isterikan cikgu? ahhahahahahahah

b) Buku Teks dan Buku Kerja Masih Lagi Berat. Aku kena standby beli beg baru macam ni. Best kalau ada loker cam kat TKC dulu. ehhhehehehe

c) keadaan kantin sekolah masih boleh diperbaiki. Masih lagi suram, lantai simen kaler kelabu hardcore. Kalau pasang mozek biru laut yang kecil-kecil tu cantik sket, ek?

Wah, banyak plak komplen, padahal kitaorang ni bayar ciput jer nak sekolahkan anak. Kerajaan juga yang menanggung. Opss, tax payer money yang menyumbang.

Kot mana pun, kadar yuran sekolah masih belum diputuskan oleh kementerian. Paham-paham lar pasal yuran ni kan? Isu sensitif yang boleh dipolitikkan oleh golongan tertentu untuk meraih sokongan, walaupun dah bagi buku teks free.

huh, kenala aku KIV rancangan lain.


Comments

Popular Posts