Lari
Sesungguhnya manusia tidak boleh lari dari masalah. Walau sekecil mana masalah itu, lama-lama ia akan timbul semula dan mungkin lebih parah dari sebelumnya.
Kadang-kadang apa yang disangka masalah, bukan lah masalah sebenarnya. Ia boleh terdiri daripada konflik diri, dilemma, fobia, risiko atau ujian kecil yang menguji kekuatan dan ketahanan mental. Kadang-kadang belum datang masalah itu sendiri, aku sudah terfikir kenapa masalah itu membelenggu pemikiranku. Sehinggakan masalah yang lain yang tidak pernah aku terfikir pula datang menimpa. Menimpa-nimpa pula jadinya. Dan aku pula rasa kenapalah pula malang nasibku. Sebenarnya mungkin tidak begitu.

Perkara yang telah dilalui sebelum ini sebenarnya pada ketika dahulu menjadi konflik diri dan fobia kepadaku. Percaya tak bahawa,
a) aku baru belajar memandu di usia 28 tahun kerana semasa usia 17 tahun, aku pernah cuba membawa kereta ayah secara curi-curi dan menyebabkan kemalangan beberapa buah kereta yang terpaksa brek mengecut bila aku berhenti di tepi jalan. Betapa fobianya aku kerana aku dimarahi oleh semua orang dan riak muka tidak puas hati pemandu yang menuntut kerugian kemalangan itu sehingga ini masih terbayang-bayang. Selepas itu, aku dan rakan baik aku terlibat di dalam satu kemalangan yang agak ngeri di KESAS highway(tengok kereta memang orang ingat mesti dah mati la penumpangnya). Aku masih ingat bagaimana kancil itu melanggar divider dan berpusing-pusing seperti kotak yang ditendang. Kami lari keluar melalui tingkap yang pecah kerana takut digilis treler. Akibatnya, aku rela pergi kerja naik pengangkutan awam seperti LRT, Bas Rapid dan sebagainya.
Hasilnya? Setelah memandu dan menunggang motorsikal selama satu tahun selepas memikirkan bahawa aku perlu mengatasi fobia itu kerana tanggungjawab aku menjadi orang penting dalam rumah terutamanya menguruskan hal kecemasan, alhamdulillah, aku dapat bergerak dengan lebih mudah.

b) mendaftarkan persekolahan tahun satu anak aku
aku memang suka buat andaian bahawa jika aku tidak mendaftar Nurul Fatiha di mana-mana sekolah, pasti aku terpaksa turun naik mencari sekolah-sekolah yang sudi menerimanya atau berurusan dengan Pejabat Pendidikan Daerah kerana setiap tahun, terlalu ramai murid tahun satu sehingga tak cukup kelas. Ada banyak sebab aku tak mendaftar. Tak tahu nak duduk atau settle down mana-mana tempat pun sehingga kami anak beranak tersadai di Rawang ini.
Keputusannya? Minggu lepas, aku berpeluh-peluh membawa dokumen untuk pendaftaran dengan cara "gamble" kerana sooner or later, Fatiha kena pergi sekolah. Memang fobia lah dileteri oleh Guru Besar atau kerani sekolah. Dah terbayang malunya aku nak menjawab atau merayu agar anak aku diterima.
Ya, aku dileteri, oleh kerani sahaja tetapi ternyata Guru Besar sekolah itu sangat prihatin dengan kepentingan anak-anak menerima pendidikan. Bagusla cikgu besar ni. Rupa-rupanya tidak sampai satu hari pun untuk mendaftar, kerana proses sangat straight forward. Kalau la aku tahu, tak perlu aku termenung cicak berak kapur malam malam sebelumnya. Aduss.....

all the best to ur little gurl...
ReplyDeletetakpe, min. slow-slow =) slow and steady.
ReplyDeleteikram- u too, as a new first time father. It must be an overwhelming experience....
ReplyDeletemala- yeah, slow and steady. Speed kills huh?