Hari Raya Haji

I had no mood to celebrate for what ever reason.

First, my beloved Mr.Honda has gone for a minor overhaul which cost me RM300, and for my brother who was responsible upon the incident (he was on his way with Honda san to seek some money from my father for his tuition fee) , that RM300 already covered half of the money wanted.

Honda san merajuk kot sebab Cik Saga bakal menyusul menggantikan tempatnya.ehehhee
kalau dua-dua merajuk, aisey, ana mau pengsan lar.....


Tapi apalah sangat duit tu dibandingkan dengan insiden di Bukit Antarabangsa. Ana lagi tak der mood nak celebrate Raya kerana ada orang memang hilang tempat tinggal, kereta, dokumen penting dan nyawa yang tersayang yang tak boleh diganti. Kerugian kalau selepas ini dibuat tafsiran, mau tak ratus ratus juta kerana tanah itu tidak selamat lagi diduduki.

Sebagai orang yang secara tidak langsung memantau pembangunan perumahan swasta, ana rasa sangat terkilan kerana projek projek itu telah dibina hampir 10 tahun, taktala ana masih belajar di universiti.

Selepas ini, memang ana kena bekerja keras lagi kerana Work Stop Order untuk rumah rumah yang sedang dibina di lereng bukit akan berkuatkuasa. Dan kalau pembeli rumah bising kerana kelewatan menyiapkan rumah oleh pemaju, Ana terpaksa la mententeramkan mereka-mereka ini (walau pun tak termasuk dalam job scope, inilah realitinya). Ana sudah biasa dengan piket-piket di luar pejabat atau memorandum datang dengan rombongan bas tanda tidak puas hati.

Sesuailah kot dengan tema hari raya ni, "Pengorbanan".



Comments

Popular Posts